Thursday, 18 December 2014

Tautan Cinta Mu (BAB 4)



“Macam mana dengan keputusan tender projek di Putrajaya?" Soal lelaki berusia dalam pertengahan enam puluhan kepada Syafiq yang tampak segak berkemeja biru.

Harga kita berada di tempat kesepuluh. Syarikat Teguh Bina yang berjaya dapat projek tu." Berat mulutnya untuk memberitahu perkara sebenar kepada datuknya. 

Terdengar keluhan kasar Tan Sri Syed Adam. Tidak berpuas hati dengan apa yang terkeluar dari mulut cucunya.

“ Before tender tu dihantar, kamu ada check tak?"

“ Saya tak sempat Walid, masa group Fauzan isi tender tu, saya ada meeting kat Sarawak.''

Jemari tua Tan Sri Syed Adam mula menari di dahinya. Sayang sekali projek bernilai ratusan juta ringgit itu terlepas ke tangan orang lain. Sebelum ini walaupun gagal mendapat sebarang projek. Harga tender syarikatnya tak pernah berada di tangga seteruk itu. Paling teruk pun di tempat kelima ke atas.

“ Walid, jangan stress sangat. Kesihatan Walid kena jaga. Nasihat Syafiq kepada Tan Sri Adam. Risau melihat reaksi datuknya.
       
     “ Fiq jangan risau, Walid okey aje. Itu semua perkara biasa Fiq. Asam garam dunia pembinaan. Satu projek menjadi buruan berpuluh-puluh kontraktor lain.'' Jelas Tan Sri Adam cuba menyembunyikan perasaan kecewa. “Kalau Ray ada, boleh dia bantu Fiq. Walid kesian tengok Fiq, nak monitar company dalam masa yang sama perlu control semua projek. Walid pun tak berapa sihat nak attend meeting sana sini.''  Sambungnya lagi.  

Selepas berbicara tubuh tua itu bangun dari kerusi empuknya. Berdiri sambil menyilangkan tangan di hadapan cermin besar yang menampakkan suasana bandaraya Kuala Lumpur. Dalam usia sepertinya memang patut berehat dari memikirkan masalah syarikat. Namun, kebimbangan sentiasa menguasainya kerana Syafiq masih mentah untuk menerajui syarikat yang sudah berdiri megah hampir empat puluh tahun dalam dunia pembinaan. 

“ Walid jangan risau. Fiq yakin tak lama lagi Ray tentu akan pulang.'' Tutur Syafiq.

Walaupun hakikatnya dia sendiri tidak yakin dengan kata-katanya. Empat  tahun dia memujuk sepupunya pulang, namun semakin dia mengejar, semakin jauh sepupunya  pergi. Dan semakin dia merayu, semakin keras hati sepupunya itu.

“ Walid juga harap begitu. Fiq, kalau esok lusa di takdirkan Allah menjemput Walid pergi. Walid harap Fiq dan Ray jaga syarikat walid ni seperti korang jaga nyawa kamu sendiri. Walid terlalu sayangkan syarikat ni. Di sini juga tumpahnya kasih sayang Walid dan arwah nenek kamu. Bersusah payah Walid dan arwah nenek bangunkan sehingga syarikat ni mampu berdiri megah seperti sekarang.'' Sayu kedengaran suara tua itu menuturkan setiap pesanan kepada cucu harapannya.

“ Walid. Please don’t said like that.'' Fiq sentiasa doakan Walid supaya dipanjangkan umur dan sentiasa sihat. Walid jangan risau, Fiq janji akan jaga syarikat ni dengan baik. Ikrar Syafiq. Tidak senang mendengar kata-kata datuknya berkenaan soal mati.

“ Walid dah tua Fiq. Sebulan sekali keluar masuk hospital. Tenaga Walid tidak sekuat dulu. Tapi fikiran Walid tak boleh berhenti dari memikirkan perjalanan syarikat ni.''

“ Apa kata Walid pergi bercuti, tenangkan fikiran. Sejak arwah nenek meninggal. Fiq tak pernah tengok Walid pergi mana-mana selain habiskan masa di rumah dan office. Fiq boleh minta mama dan papa  temankan Walid bercuti. Bila otak tenang, tubuh badan pun sihat.''  Gaya Syafiq bercakap tak ubah seperti seorang doktor.

“ Sejak arwah nenek meninggal, Walid hilang minat nak melancong. Dulu ada jugak orang temankan Walid ke mana-mana. Sekarang anak-anak semua sibuk dengan kerja. Hanya Fiq tempat Walid mengadu.''

“ Kesian Walid.'' Bisik Syafiq  di dalam hati. Hari ini dalam sejarah, apabila Walid meluahkan perasaan duka yang tersimpul rapi disebalik perwatakan tegasnya. Saat ini Syafiq tersedar. Kesibukan darah daging Walid mengejar kehidupan dunia sehingga terlupa Walid yang memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada anak dan cucunya. Kesian walid!


*******************************************


Waktu makan tengahari masih berbaki sepuluh minit. Kelihatan lima orang kakitangan Jabatan Projek Teknikal sedang rancak berbual di meja Hasnah.

“ I dengar cucu Tan Sri yang stay kat oversea tu nak balik. Maybe dia yang akan jadi project director department kita ni. Ramai budak office ni cakap anak bongsu Tan Sri Arman tu sombong orangnya, berbeza betul dengan perangai Encik Syafiq. Cerita Hasnah bersungguh-sungguh.

Ramai kakitangan di situ menggelarkan Hasnah sebagai wartawan Kosmo di wisma tersebut. Semua cerita bermula dari A hingga Z di ketahuinya. Jarang sekali cerita di bawa wanita itu tersilap dari fakta yang diceritakan.

            “Biasalah anak orang kaya. Sombong dan berlagak memang habit dorang. Nani tiba-tiba mencelah. Ramai di kalangan anak orang berada yang dijumpai di majlis-majlis rasmi mesti lebih suka mengasingkan diri dari orang kebanyakan. Jika ingin berbual atau beramah mesra, mesti berkumpul di kalangan mereka sahaja. Tapi ada juga sorang dua boleh di ajak bergurau senda.

“Kenapa dia tak kerja dengan daddy dia aje?'' Tanya Wahid pula. Cermin mata dilurutkan ke bawah.

“Anak sulong dan nombor dua Tan Sri Arman kan dah ada bantu dia kat company tu. Jawab Hasnah.

“ Oh! Kiranya Tan Sri Arman arahkan anak bongsu dia tolong Tan Sri Adam lah. Wahid mengganguk, mula mengerti.

“A’aa, lagi pun, sejak dua menjak ni Tan Sri Adam kan asyik keluar masuk hospital , mana sempat dia nak ambik tahu hal company. Encik Syafiq kerja sini pun, sebab Datuk Azam yang minta bantu ayahnda dia.''

“Kesian Tan Sri Adam, ada anak, tapi sibuk dengan company masing-masing.'' Mazlan yang berada di situ turut mencelah.

“Betul, betul. Kenapa anak-anak dia tak handle company ni aje?'' Soal Fauziah pula. Fauziah merupakan PA kepada Rafiq.

“Tan Sri Adam lebih suka anak-anak dia berdikari. Tengok sekarang, anak-anak dia semua berjaya dengan bisness masing-masing. Sorang dapat gelaran Tan Sri, sorang lagi pulak Datuk.''  

Semua yang berada di situ hanya mengganguk, mengiakan cerita Hasnah, Tan Sri Syed Adam sangat bertuah, kerana kedua orang anaknya iaitu Tan Sri Syed Arman Syah dan Datuk Syed Azam Syah merupakan ahli perniagaan terkenal di Malaysia.
            
        “ Tapi, bukan ke anak-anak Tan Sri buka company sendiri menggunakan duit bapak dorang  jugak?
           
         “ Memang betul. Tapi duit tu hanya di pinjamankan. So, bila syarikat anak-anak dia dah dapat keuntungan duit tersebut perlu di bayar semula kepada Tan Sri. Korang semua macam tak tahu ketegasan Tan Sri didik anak-anak dia tu. Terjuih-juih mulut Hasnah menjawab soalan Wahid.
        
      “ Hurm, patut lah position project director masih kosong sampai sekarang. Rupanya jawatan tu untuk cucu Tan Sri.

            “ Selepas Encik Razlan bersara tiga tahun lepas selepas menyandang jawatan itu selama lima belas tahun lamanya. Jabatan Pengurusan Sumber Manusia tidak pernah menyiarkan sebarang iklan bagi jawatan terbesar dan terpenting bagi Jabatan projek dan teknikal di Wisma SAM Group itu.
          
         “ Sepatutnya cucu Tan Sri mula bekerja sekali dengan Encik Syafiq lepas habis Master. Tapi sampai sekarang tak menjelma.''

“ Berapa usia budak tu?'' Tidak jemu Wahid mengajukan soalan kepada Hasnah.

Memang menjadi kepantangan mereka, kalau hikayat keluarga Tan Sri Syed Adam diceritakan. Pelbagai soalan sejarah turun temurun keluarga lelaki itu di selongkar oleh kaki-kaki penyibuk di situ. Bila satu jabatan mengetahui satu cerita baru. Mesti tidak sampai dua hari berita tersebut berjangkit ke tingkat lain pula.

“ Tak silap akak, umur dia sebaya dengan  Encik Syafiq.''

“ Handsome tak budak tu akak? tanya Fauziah, kemerahan sekejap pipinya.

“ Malam karang akak teropong sampai ke London. Esok akak bagitau kamu dia handsome ke tak. Jawab Hasnah dengan nada gedik. Macam lah aku pernah tengok muka mamat tu! Ujar Hasnah dalam hati.
        
        Kedengaran tawa bergema di jabatan tersebut. Semakin merah pipi Fauziah apabila di tertawakan oleh rakan sekerjanya. 








No comments:

Post a Comment