Menjelang waktu
tengah hari, Restoran Timur pasti sesak dengan pelanggan yang datang berkunjung
untuk menikmati keenakan makanan tengahari di sajikan di situ. Di satu sudut,
kelihatan Qisya bersama seorang wanita dan lelaki sedang enak menjamu selera.
‘'How’s your Daughter?" Soal Hamira, kepada Qisya. Minuman
Fresh Orange di sedut laju. Terasa hilang sedikit rasa pedas penangan enam sudu
besar sambal kicap yang di tuang ke dalam bihun sup yang di makannya. Dia memang penggemar masakan pedas. Sudah beberapa
kali suaminya menegah setiap kali dia menambah sambal kicap di buat tidak endah
sahaja. Sekarang baru dia terasa seperti mahu berapi mulutnya. Itu lah siapa suruh tidak mendengar cakap suami, kan dah terima balasan. Hamira mengutuk diri sendiri dalam hati.
'‘Alhamdulillah, sejak keluar hospital, makin hyperactive
pula'' Ujar Qisya sambil tersenyum
mengingatkan anak tunggalnya semakin aktif sejak keluar hospital.
‘’ Kami minta maaf sebab tak
dapat melawat anak you. Sampuk Haikal yang duduk berhadapan dengan Hamira.''
‘‘It’s okey. Lagi pun, masa Airis di hospital korang kan pergi honeymoon. Takkan I nak suruh you berdua
balik melawat anak I pulak. So, macam mana honeymoon
di Korea? Seronok?'' Soal Qisya sambil menyuap mee soto ke dalam mulutnya.
‘‘Mestilah best, lebih-lebih lagi sana musim
sejuk, bertambah syok rasanya. Asyik berkurung dalam bilik dua puluh empat jam.'' Balas Haikal. Sebuah senyuman nakal terukir di bibir apabila matanya bertentang mata dengan si isteri.
‘‘ Bie
jangan nak mengarut dekat sini okay.''
Marah si isteri dengan nada manja.
‘‘Eh, mana ada Bie cakap mengarut, Niey
yang salah faham ni. Usik Haikal, di cuit hidung mancung isterinya dengan jari telunjuk. Hamira mengetap bibir, geram kerana Haikal mempermainkannya.
Qisya tergelak kecil dengan aksi
pasangan yang baru sebulan bergelar pengantin itu. Hamira merupakan jurutera dan bekerja satu syarikat dengannya, manakala Haikal bekerja sebagai pensyarah di UTM Kuala Lumpur.
‘‘Haih! Susah betul berada di tengah-tangah
pasangan paling romantik ni. Korang berdua jangan bermanja sangat depan I.
karang terkeluar pulak muntah hijau.''
‘‘Aik, sejak bila bertukar jadi spesis
Hulk ni?'' Soal Haikal dengan tawanya.
‘‘Sejak korang berdua selamat diijab
kabulkan.’’
Pasangan sama cantik dan sama padan itu
semakin tergelak mendengar gurauan Qisya.
''Hurm.. Zura, lepas balik honeymoon,
you tak ada rasa loya or mengidam
pelik-pelik ke?'' Giat Qisya. Dia memang suka mengusik sahabat karibnya itu.
‘‘Mengada betul!'' Lengan Qisya di siku
kuat. Kulit wajah wani yang sedia kemerahan akibat menahan pedas semakin merah dengan
gurauan selamba Qisya. Matanya pula manja menjeling Si suami sedang galak
ketawa.
‘‘I
hope so Qisya. Kalau boleh, I teringin sangat nak baby boy, nanti boleh kita berbesan.'' Giat Haikal sambil
mengenyitkan mata kearah isterinya.
‘‘Haha, good idea, nanti I discuss dengan Airis. Mesti dia setuju punya.’’
‘‘Haha, good idea, nanti I discuss dengan Airis. Mesti dia setuju punya.’’
'' You all berdua ni kalau bertemu memang
tak sah kalau tak kenakan I kan. Hamira langsung tidak mengambil hati dengan
gurauan Qisya. Dia masak sangat dengan perangai kawan baik dan suami tersayang
dia tu. Bila berjumpa, ada sahaja modal untuk membulinya. ‘‘Oh ya, kami ada beli kan cenderamata untuk you dan Airis, ada dalam kereta Haikal, I lupa nak bawa ke office tadi.'' Beritahu Hamira.
‘‘Susahkan korang berdua aje.''
‘‘Small
matter.
Bukan mahal pun.'' Ujar Haikal pula.
‘‘Laa, Kenapa beli yang murah. I reject
lah.'' Gurau Qisya.
‘‘Ecehh, demand pulak beliau.'' Ketawa Haikal, dia sangat senang dengan sikap
kelakar kawan baiknya itu.
‘‘Of course.'' Balas Hamira dan Qisya
serentak. Pantas kedua wanita tersebut berpandangan antara sama lain. Lalu tercetus tawa dari ketiganya.
**************************************
“Mama! Mama!
Loli mali, cepat! Cepat!'' Airis menjerit kuat sebaik sahaja ternampak sebuah caravan putih berhenti di seberang jalan rumahnya.
Jemari Qisya berhenti menaip, tersenyum melihat telatah Airis terlompat-lompat di
hadapan pagar rumah. Sejak tengahari tadi Airis beria menunggu Pak Samad, katanya nak beli roti blueberry. Selera puteri kesayangan dia itu lain sikit. tak suka makan nasi tapi lebih suka makan roti. Bagi lah roti perisa apa sekali pun, mesti anaknya akan habiskan. Tapi bila suruh makan nasi pelbagai alasan di berinya.
“Wait sayang, I’m coming''. Jerit Qisya yang sedang
menyiapkan kerja di sebuah meja yang terletak di bawah pokok mangga di halaman rumah. Remote
Control pintu pagar di tekan. Terus Tangan Airis dipautnya.
“
Assalamualaikum cucu atok. Tegur Samad, sebaik sahaja kedua beranak itu menghampiri Caravan. Rambut ikal Airis di usapnya. Comel
betul cucu atok hari ni. Lebih-lebih lagi bahagian mata ni.'' Mata Airis sama seperti mata Qisya, bulat dan bundar.
“Waalaikumusalam
atok.'' Jawab Airis. Bibir kecilnya lebar tersenyum apabila di puji.
“ Amboi pantang orang puji sikit, dia punya tersengih sampai ke telinga.'' Giat Qisya melihat telatah anaknya. Pandangannya kini di alihkan pula
pada Pak Samad.
" Pak Samad apa khabar?'' Soal Qisya.
“Alhamdulillah
sihat, Qisya sihat?''
“Alhamdulillah Pak Samad. Jawab Qisya dengan senyuman tidak lekang di bibir. Roti berperisa blueberry di capai tiga bungkus.
Setiap hari lelaki berusia empat puluhan itu akan datang menjual roti di kawasan taman perumahan Sentosa. Roti-roti yang dibuat sendiri oleh keluarga Pak Samad memang enak dan lembut. Boleh dikatakan roti Pak Samad sangat popular dan digemari penduduk taman perumahan di situ.
“Assalamualaikum.. Tegur
satu suara dari arah belakang. Kelihatan seorang wanita bersama seorang
kanak-kanak perempuan sedang berjalan menghampiri caravan Pak Samad.
“Waalaikumusalam.” Qisya dan Pak Samad menjawab salam di beri.
Qisya
menghulurkan tangan kepada wanita cantik berbaju kurung merah itu. Huluran
tangan Qisya dijabat mesra oleh Farhana. Keduanya sudah lama
mengenali antara satu sama lain. Rumah Farhana terletak selang dua buah dari rumah Qisya.
Anak Farhana juga turut menyalami tangan
Qisya. Dikucup tangan Ibu kepada kawannya, Airis. Qisya sempat mengusap lembut
pipi Mimie.
“ Hai Aunty.
Hai Mimie. Sapa Airis ramah.
“Hai sayang,
comel betul hari ni. Geram aunty tengok.'' Airis sangat comel mengenakan gaun singkat bewarna merah jambu, hadiah pemberian dari Farhana dan Haikal. Pipi tembam Airis dicubit perlahan.
“ Hai Airis,
nanti datang rumah saya tau. Papa saya ada beli Barbie baru. Cantik sangat.'' Ajak Mimie yang berusia lima tahun.
Rambut panjangnya yang diikat tocang
beralun ke kiri dan kanan mengikut pergerakan kepalanya.
“ Okey, nanti
saya peli dengan Izwan.'' Balas Airis dengan pelatnya.
Farhana tergelak
mendengar sebutan ‘peli’ yang di tuturkan Airis. Dia tahu anak jirannya itu
sukar menyebut huruf R.
“ Akak dari mana ni, bukan main cantik bergaya lagi?''
“ Ishh ada-ada aja Qisya ni, akak baru balik dari sekolah, ada buat kelas tambahan untuk student
form five. Maklum lah tak lama lagi dorang nak SPM. So, guru-guru kena adakan kelas tambahan empat kali seminggu.'' Jelas Farhana. Roti berinti kacang diambilnya sebanyak lima bungkus.
“ Patutlah
jarang tengok Ana sekarang. Biasanya nampak saja lori Pak Samad, mesti Ana dan
Mimie ada. Pak Samad turut mencelah perbualan.
“ Pak Samad
mesti rindukan saya dan Mimie kan?'' Gurau Farhana.
“ Mestilah
rindu, lama tak tengok anak cucu.'' Balas Samad sambil melayan Mimie dan Airis
yang minta di bukakan bungkusan roti.
“ Banyak akak
borong roti?'' Tegur Qisya kehairanan. Boleh dikatakan
setiap jenis roti dalam bakul di ambil Farhana.
“ Kawan akak kat sekolah mintak akak belikan.
Katanya teringin pulak nak merasa
bila akak ceritakan keenakan roti Pak
Samad ni.''
“ Ohh… Saya
ingatkan akak nak lepaskan gian tadi. Maklumlah dah lama tak borong roti Pak
Samad.''
“ Ha! Ha! Ha! Ke
situ pulak Qisya ni. Tak larat family
akak nak habiskan roti sebanyak ni. Lagi pun kami bertiga aje kat rumah. Karang expired pulak.''
Nur Qisya
tersenyum mendengar kata-kata Farhana. Dia memang suka sikap Farhana yang
peramah dan mengambil berat sesama jiran tetangga.
“ Tengok tu kak,
dah datang pun rombongan Cik Kiah.''
“ Mana? Soal
Farhana.'' Mencari kelibat di tunjuk oleh Qisya.
“ Tu." Tunjuk Qisya ke arah lima orang wanita yang sedang berjalan menuju ke mereka.
“ Lambat pulak
dorang hari ni. Biasanya sebelum Pak Samad sampai dorang dah melepak tunggu kat
sini, kata ibu kepada seorang anak itu.”
“ Tersilap
tengok jam agaknya.'' Balas Nur Qisya.
“ Ha! Ha! Ha!
Macam-macam lah kamu ni Qisya.''
Farhana memang
jenis suka ketawa. Kadang-kadang lawak tak seberapa pun digelaknya bagai nak
rak. Kadang kala Qisya terasa lucu pula dengan sikap Farhana.
“ Kak saya dah nak minta diri ni, Sekejap lagi nak bawak Airis jalan-jalan. Nanti kalau
bersembang dengan rombongan Cik Kiah kita terbantut pulak rancangan nak
keluar.''
“ Okey, akak pun
nak gerak jugak ni. Nak memasak, karang balik suami akak membebel pulak. Kalau senang datang lah ke rumah.
Bawak Airis sekali. Pelawa Farhana.''
“ Insha-Allah. Okay lah, Saya minta diri dulu yer kak, Pak Samad.'' Ujar Qisya sopan memninta diri. Tangan Airis di pimpin melintas pulang ke rumah.
No comments:
Post a Comment