Empat Tahun Kemudian.....
Kereta Honda CRV
hitam metallic membelah laju lebuhraya pantai timur. Pemandunya seolah-olah
langsung tidak memikirkan risiko terhadap diri sendiri dan pemandu lain yang
menggunakan lebuhraya tersebut. Keinginanan untuk sampai ke destinasi yang ingin
ditujui lebih utama dari segala-galanya. Lagu Allhamdulillah nyanyian duet
antara Yassin dan Too phat bergema menandakan panggilan masuk. Hatinya
berdebar-debar menerima panggilan daripada pemanggil hujung sana.
‘‘Qisya, where are you now?’’ Sapa Syed Syafiq
Farhan sebaik sahaja panggilannya dijawab.
‘‘I baru saja
lepasi plaza tol Jabor. How’s my daughter?’' Soal Qisya
dengan suara bergetar. Sebaik sahaja mengadakan lawatan tapak di Kuala Terengganu, dia menerima panggilan
daripada pembantu rumahnya yang mengatakan badan Qisya Airis panas dan anaknya
meracau-racau. Saat itu, hatinya bagai mahu pecah, lantas dia meminta
pertolongan Syafiq untuk membawa anaknya ke hospital sementara menunggu
kepulangannya.
‘‘Don’t worry, Keadaan Airis lebih baik daripada
tadi. Doktor cakap Airis demam panas. Suhu panas badan pun dah kurang. You jangan risau. I akan jaga Airis sehingga you sampai.’’ Hati Syafiq risau memikirkan Qisya memandu
dalam keadaan kusut.
‘‘Alhamdulillah,
Thank’s Syafiq, I tak tahu macam mana
nak balas jasa you, I betul-betul menyusahkan you.’’Air mata yang
mengalir di pipinya lantas di seka. Selagi Qisya Airis tidak berada di
hadapannya, selagi itu perasaan bimbang bermaharajalela dalam sanubarinya.
‘‘Qisya, please
don’t said like that, I dah anggap Airis macam anak I. Sedikit pun I tak rasa terbeban
lakukan semua ni.’’ Akui Syafiq ikhlas.
‘‘Apa pun terima
kasih banyak-banyak Fiq. Mungkin dalam empat jam lagi I sampai sana. I hope you will call me if my daughter woke up.’’ Qisya masih lagi
meneruskan pemanduan dengan mengawal stereng kereta menggunakan sebelah tangan. Pedal minyak pula di tekan kuat. Angka di meter kereta menunjukkan kelajuan sehingga dua ratus kilometer per jam.
‘‘Okey, I will. Qisya, please drives carefully.” Ingatlah Airis
yang menunggu kepulangan mamanya. Nasihat Syafiq penuh dengan maksud mendalam.
‘‘Thank’s Syafiq. Insha-Allah, kirim salam, peluk
dan cium I pada Airis. Assalamualaikum.’’ Pesan Qisya dengan perasaan rindu
membuak-buak pada anak tunggalnya.
‘‘Okay, nanti I
sampaikan. Waalaikumusalam.’’ Jawab Syafiq, lantas punat letak di tekan. Kini
matanya terarah pada wajah comel anak kecil yang sedang tidur pulas di atas katil
pesakit. Perasaan kasih tertumpah kepada anak malang tersebut.
Hanya dia
mengetahui sejarah hidup Qisya dan anak kecil itu. Kisah keperitan dan kedukaan
Qisya tersimpan kemas dalam kotak memorinya. Dia sudah berjanji kepada dirinya
sendiri tidak akan mendedahkan sejarah hidup Qisya. Tetapi apa yang sentiasa
bermain di benak Syafiq. Siapa lelaki durjana yang sanggup menghancurkan hidup
Qisya? walaupun beratus kali dia bertanya kepada Qisya. Wanita itu pasti
mendiamkan diri seribu bahasa.
Wajah comel
Airis di usap penuh kasih. Pipi putih mulus anak Qisya itu di cium beberapa
kali. Tubuh kecil yang sedang nyenyak tidur itu di bawa ke dalam pelukannya.
Dia menggangap anak tidak berdosa itu seperti anaknya sendiri.
‘‘Uncle and mama love you so much.’’ Bisik Syafiq lembut ke telinga anak kecil yang
kini berada dalam pelukannya.
…………………………………………………………………………………………………
Getaran Iphone 6
benar-benar menganggu lena Syafiq, dengan mata yang masih terpejam, tangan
kanannya di seluk menggagau handphone dari dalam poket seluar sebelah kiri,
pergerakannya sedikit sukar, kerana lengan kanannya dijadikan alas kepala Airis.
Bimbang kelakuannya menggangu tidur anak kecil tersebut, perlahan-lahan kepala
anak itu di alihkan di atas bantal.
‘‘Hello.’’ Ucap Syafiq
sambil menggerakkan pinggang ke arah kiri dan kanan bagi merenggangkan urat
saraf dan otot-otot badan yang terasa kejang.
‘‘Hai anak Datuk Syed Azam Syah, apasal suara rock semacam ni, baru
bangun tidur ke?’’ Ceria suara lelaki di dalam talian menembusi telinga Syafiq.
‘‘Kura-kura
dalam perahu, sudah tahu lagi mahu tanya ke? Ehh! Kau ni, tak ada time lain ke
nak call. Dari dulu, sampai sekarang suka sangat kacau aku tidur, hangin betul
lah.’’ Bebel Syafiq, tubuh tegapnya direbahkan di atas set sofa yang telah
disediakan di penjuru bilik tersebut.
‘‘Aku sengaja
nak bangunkan kau. Asyik tidur dua puluh empat jam. Cuba celik mata tengok
keindahan dunia yang fana ni.’’
‘‘Kepala hotak
kau! Aku bukan tidur dua puluh empat jam, tapi fikirkan kerja dua puluh empat
jam tau! Harapkan kau, bayang-bayang pun tak nampak.’’ Balas Syafiq dengan nada
geram, namun suaranya tetap di perlahankan kerana tidak mahu menganggu tidur Airis.
‘‘Kau kat office ke?''
‘‘No. Aku kat hospital.'' Jawab Syafiq mendatar. Jam tangan Tag Heuer di pergelangan tangan di kilas. Pukul dua petang. Syafiq mula mencongak waktu. Dalam masa satu jam lagi mungkin Qisya akan sampai. Entah kenapa selagi Qisya belum muncul, selagi itu jiwa lelakinya berasa tidak tenang.
‘‘What? Who’s sick?'' Terdengar suara
si pemanggil terjerit. Terkejut barangkali.
‘‘My Daughter.'' Selamba Syafiq menjawab. Pandangan matanya jatuh pada tubuh kecil Airis. Pulas sekali anak comel itu tidur.
‘‘Fiq! I’m serious.'' Marah suara
tersebut.
‘‘I’m serious to.''
‘‘Crazy ! naik pelamin belum lagi, ada hati nak
ada anak! Woi! Aku serius okay.''
Ada sedikit tawa
tercetus dari bibir Syafiq. Alangkah bahagianya jika Airis menjadi anaknya, manakala Qisya menjadi suri
hidupnya. Fikirannya mula melayang, membayangkan impian indah itu.
‘‘Woi!! Kau
pekak ke?! Asal tak jawab soalan aku! Jerkah suara di hujung sana.''
Khayalan Syafiq terbang menjauh apabila suara kuat si pemanggil menerobosi corong telinganya. Automatik telefon bimbitnya di jarakkan. Kurang asam, suara mengalahkan Tarzan, hampir nak pekak telinganya.
‘‘Anak angkat
aku yang sakit.’’ Jawab Syafiq selepas melekapkan semula telefon ke telinga.
‘‘Haa!’’ Sejak
bila kau ada anak angkat? '' Suara di hujung sana jelas terkejut mendengar jawapan Syafiq.
‘‘Stop. Stop.’’ Aku betul-betul malas nak
bersoal jawab dengan kau.''
‘‘Come on bro. Takkan dengan sepupu sendiri pun nak berahsia.''
‘‘ Kau balik
nanti, aku cerita. So, when you want come
back?’’ Soal Syafiq inginkan kepastian. Dan kini telinganya dapat menangkap keluhan dari sepupunya itu.
‘‘Entah.’’
Ringkas jawapan yang di tuturkan oleh si pemanggil.
‘‘ Empat tahun
lamanya kau kat sana. Apa sebenarnya kau cari? Sedangkan company Walid lebih memerlukan
kau. But you prefer to work with foreign
companies. I really do not understand.’’ Aku sorang mana sempat handle company walid.'' Luah Syafiq tidak
berpuas hati.
‘‘ One fine day I will be back, but not now.''
'' Ternyata jawapan lelaki itu menghampakan Syafiq. ''Jawapan kau sama sahaja macam tahun-tahun sebelum ni. Balik lah, kau tak kesian kan Walid ke?''
‘‘Okay lah fiq,
aku ada kerja ni, aku doakan anak angkat kau cepat sembuh.'' Pintas suara lelaki itu, cuba mengelak.
‘‘Bila masuk bab
balik Malaysia, mula lah macam cacing kepanasan. Okey lah, take care. Assalamualaikum.’’
‘‘Okey. Waalaikumusalam.’’ Jawab pemanggil di
hujung sana, lalu mematikan talian.
********************************************
‘‘Maaf kan mama,
sayang.'' Bisik Qisya ke telinga anaknya dengan perasaan sebak. Pipi Airis yang
sebelum ini putih kemerahan-merahan nampak sedikit pucat. Dahi anaknya di kucup
bertalu-talu. Perasaan bersalah menguasai dirinya.
‘‘Qisya.. bila you sampai? Tegur
Syafiq dari arah belakang. Dia yang baru keluar daripada bilik air terkejut
melihat Qisya sudah berada dalam bilik tersebut.
Qisya menyeka
air mata yang jatuh ke pipinya, sebuah senyuman hambar di hadiahkan kepada lelaki yang
telah banyak berjasa kepadanya itu.
'' Baru sekejap tadi. Hurm, mana Kak Hasnah?'' Soal Qisya apabila menyedari kelibat pembantu rumahnya tidak kelihatan di situ.
''I tak bagi dia ikut sama, sebab masa I pergi ambil Airis, ada dua orang lelaki tengah repair pintu pagar rumah you. Bahaya tinggalkan orang yang kita tak kenal buat kerja tanpa di pantau. Manusia sekarang bukan boleh dipercayai sangat. '' Jelas Syafiq.
''I lupa, hari tu memang I ada minta kontraktor datang tengokkan pintu gate tu. Pintu asyik tersangkut aje bila dibuka.'' Terang Qisya, matanya tidak lepas dari memandang anaknya. Di kucup lembut dahi anaknya.
‘‘Sorry Fiq, sebab I dah banyak bebankan you dengan masalah I.'' Ada nada sebak terbit dalam suaranya.
‘‘Dah berapa
kali I cakap, you tak pernah menyusahkan I, kebetulan I cuti hari ni, tak menjadi
masalah pun I jaga Airis.'' Terang Syafiq, kesian dia melihat wajah Qisya yang
tampak kerisauan.
‘‘I memang
teruk! selalu sibuk dengan kerja, hingga abaikan anak sendiri.'' Marah Qisya
kepada dirinya, kepala anaknya diusap penuh kasih.
‘‘ Syafiq
menggeleng kepala mendengar kata-kata Qisya. Punggungnya di labuhkan di sisi
katil Airis. Baginya, Qisya adalah ibu
terbaik, malah wanita itu juga sanggup berkorban apa sahaja demi Airis.
''Semalam masa I
tinggalkan Airis, dia memang dah demam. I bawa dia pergi klinik. Doktor cakap
Airis demam biasa aje. Tapi I tak tahu pulak hari ni demam dia boleh jadi
seteruk ni.'' Nadanya sebak bercerita.
Syukur
Alhamdulillah Ya Allah. Nasib baik tak ada apa yang buruk berlaku pada anak
perempuannya. Kejamnya dia kerana menyerahkan tanggungjawab seratus peratus
kepada kak Hasnah menjaga Airis. Kesian anaknya. Sedangkan dia sebagai ibu sibuk dengan kerja. Jika sesuatu perkara buruk menimpa anaknya, dia takkan sesekali akan memaafkan dirinya.
‘’Mama..mama..'' Airis mula bersuara, matanya masih
terpejam, manakala kepalanya sekejap di geleng ke kanan dan sekejap ke kiri.
Qisya berasa sedikit lega apabila mendengar suara anaknya.
‘’Shushh..Yes dear, I’m here. Open your eyes sayang.'' Bisik Qisya, jemarinya lembut mengusap pipi anak kesayangannya. Syafiq di sisi Airis
dipandang sekilas.
‘‘Airis.. wake up sayang, mama and uncle here.'' Giliran Syafiq
pula berbisik, tangan kecil anak itu digenggam dan dikucup.
Perlahan-lahan
kelopak mata bulat dan bersinar itu terbuka. Matanya terkelip-kelip memandang
dua insan yang berada di hadapannya. Wajah mamanya yang lembap dengan air mata
ditenung seketika.
‘‘Uncle, why mama cly? Uncle angly mama?'' Petah mulut
comel itu menyoal Syafiq. Kesukarannya
menyebut huruf R menjadikan huruf tersebut berbunyi L.
Syafiq dan Qisya
berpandangan antara satu sama lain, mereka berdua ketawa kecil mendengar pertanyaan Airis.
‘‘No dear, uncle not angry me, I’m cry because
worried about you''. Jelas
Qisya sambil menyeka air mata yang mengalir di pipi.
‘‘I’m okey mama, don’t wollied again. You look
not beautiful when cly.'' Petah mulut kecil
bewarna kemerahan itu bertutur. Jika dia menangis mamanya selalu cakap ‘you look not beautiful when cry’.
‘‘Haha, I agree with you dear, your mama look’s so ugly right now''. Sambung Syafiq, jiwanya berasa bahagia setiap kali berada
di samping dua beranak itu.
‘‘Give me five uncle,'' Pinta Airis
sambil mengangkat telapak tangan kirinya.
‘‘Gime me five. Balas Syafiq. Lalu menepuk
telapak tangan anak kecil itu. Mereka berdua ketawa bahagia.
‘‘Ermm, anak mama berpakat dengan uncle Fiq buli mama
yer. Okay Fine, I don’t want to be your
friend anymore.'' Qisya berpura merajuk, bibirnya sengaja di muncungkan.
‘‘Oh no! Mama
Airis merajuk lah sayang.''
‘‘ Kalau uncle belanja mama ice cleam mama
takkan merajuk lagi.'' Balas mulut
comel itu. Airis berasa semakin sihat apabila mamanya berada di sisi.
‘‘I won’t!'' Nur Qisya pantas menggelengkan kepala,
mulutnya masih dimuncungkan, jari telunjuknnya pula di ditunjukkan ke pipi
beberapa kali.
‘‘Haa, I give u kiss''. Lantas tubuh
kecil itu bangkit dan mengucup pipi Qisya. Kedua belah pipi Qisya
menjadi mangsa kucupan anaknya. Qisya tergelak halus di perlakukan
begitu, lantas dia turut membalas kucupan anaknya. Syafiq berasa sangat bahagia melihat hubungan mesra antara ibu dan anak itu.
No comments:
Post a Comment