“Mulai saat ini!
aku haram kan kau jejakkan kaki ke rumah ni lagi! Mulai hari ini jugak, kau bukan lagi anak aku!'' Tengking
Qasim dengan wajah menyinga. Dadanya
berombak-ombak menahan kemarahan. Amarah kini sedang menguasai akal dan emosinya.
“Abah! Mengucap bah.
Jangan ikutkan sangat perasaan.'' Tegur Naim Qashram, belakang
abahnya di usap, cuba untuk menenangkan kemarahan lelaki tua itu. Matanya jatuh kepada
seorang gadis yang sedang melutut dan menangis teresak-esak di hadapan abahnya.
“Bapa mana tak marah
kalau anak sendiri mencemarkan maruah keluarga! Bapa mana tak marah jika anak
sendiri menconteng arang di muka. Cuba kau bagitau aku. Bapa mana tak marah?'' Suara Qasim bertukar sebak. Hanya Tuhan sahaja tahu bertapa hancur berkecai hatinya akibat perbuatan terkutuk si anak.
“Abah, adik
sumpah, semua ni berlaku bukan kerelaan adik. Adik tak salah abah. Tolonglah
percayakan adik.'' Rayu gadis tersebut, air mata mengalir laju di pipinya.
Kedua-dua kaki Qasim di peluk erat.
“Adik, bangun dik, pergi masuk bilik. Biar abang aje cakap dengan abah.'' Simpati si abang melihat adiknya. Baju kurung biru laut di pakai adiknya sudah lencun bermandikan air mata.
Gadis tersebut hanya menggelengkan kepala. Tiada guna Naim Qashram bercakap bagi pihaknya. Sedangkan Abangnya sendiri tidak tahu hujung pangkal cerita sebenar. Biar lah dia yang jelaskan segala-galanya.
“Aku hantar kau belajar, sebab nak kau capai cita-cita! Bukan suruh kau jadi pelacur! Jerit Qasim lagi. Dirinya seperti dirasuk.
“ Sampai hati abah tuduh adik buat perkara terkutuk tu. Adik masih waras abah. Adik masih waras bezakan dosa dan pahala.'' Tangisan gadis tersebut semakin kuat. Dia tidak menyangka bapa yang selama ini sangat menyayanginya tergamak menuduhnya sedemikian.
“Abah... Bagi
lah peluang kepada adik untuk jelaskan perkara sebenar.'' Pinta Naim Qashram. Dia percaya adiknya tidak akan sesekali melakukan perkara seperti yang telah di canangkan oleh penduduk kampung di situ. Tapi kenapa abahnya tidak boleh meletakkan kepercayaan sepertimana dirinya letakkan ke atas adiknya itu.
“Aku dah tak nak dengar apa-apa. Hati aku sakit kau tau tak! Macam mana aku nak berdepan dengan orang kampung nanti. Mana aku nak letak muka aku ni!'' Kaki yang dipeluk anak gadisnya ditepis kasar, membuatkan tubuh tinggi lampai itu terngensot ke belakang. Qasim terduduk lalu menyandarkan tubuhnya di tiang seri rumah kayu sederhana besar itu. Tangan kanannya kuat mencengkam dada yang di rasakan semakin kuat mencucuk.
“Aku dah tak nak dengar apa-apa. Hati aku sakit kau tau tak! Macam mana aku nak berdepan dengan orang kampung nanti. Mana aku nak letak muka aku ni!'' Kaki yang dipeluk anak gadisnya ditepis kasar, membuatkan tubuh tinggi lampai itu terngensot ke belakang. Qasim terduduk lalu menyandarkan tubuhnya di tiang seri rumah kayu sederhana besar itu. Tangan kanannya kuat mencengkam dada yang di rasakan semakin kuat mencucuk.
“Abah! Jangan ikut perasaan sangat, abah kan ada sakit jantung.'' Pesan Naim Qashram, bimbang melihat keadaan bapanya seperti menahan sakit.
“Lebih baik aku
mati daripada berdepan dengan semua ni.'' Sayu suara Qasim di pendengaran
anak-anaknya.
“Abah, tolong jangan cakap macam tu. Adik sayang abah.'' Wajah putih kemerahannya sudah lembap dengan air mata yang semakin laju mencurah.
“Kalau kau sayang aku, kenapa kau buat semua tu? Apa? Tak cukup lagi ke didikan yang abah dan arwah mak bagi pada kau?'' Mengalir air mata di pipi tuanya. “Maafkan abang Naimah, sebab tak mampu menjaga anak kita dengan baik.” Qasim menangis sedih di dalam hati.
Naim Qashram yang berteleku di sebelah abahnya turut menitiskan air mata. Berat benar dugaan menimpa keluarganya ketika ini.
“Kau pergilah dari sini. Aku tak nak tengok muka kau muncul depan aku lagi.''
“Abah, jangan buat adik macam ni. Adik tiada sesiapa selain abah dan abang.'' Suaranya sudah serak, kerana terlalu banyak menangis.”
'' Abah, tergamak ke abah halau anak sendiri? Abah tak kesian kan adik?'' Naim Qashram memandang wajah abahnya yang berkerut seribu.
“ Aku tetap dengan keputusan aku. Kau berambus dari sini.'' Jerit Qasim kuat. Dadanya semakin kuat mencengkam. Terasa seperti mahu meletup dadanya. Qasim mula mengerang kesakitan, nafasnya terasa sempit.
“Abah!! Abah!! Kenapa ni bah? Jangan takutkan adik abah. Jangan tinggalkan adik.'' Gadis itu seperti orang kehilangan arah. Perasaan bimbang menguasainya. Tubuh tua Qasim dipeluk kemas.
“ Abah, bertahan bah, Naim bawa abah pergi hospital.'' Naim Qashram mula berasa cemas melihat keadaan abahnya.
'' Adik, tunggu rumah aje. Sampai sana abang call.'' Ujar Naim Qashram, wajah sedih adiknya dipandang sayu.
“Adik nak ikut. Tolonglah, adik nak ikut.'' Teriak gadis berusia 24 tahun itu, merayu kepada Naim Qashran yang kini sedang memapah tubuh Qasim. Dia turut membantu memangku bapanya. Tetapi tangannya di tepis kasar oleh Qasim.
'' Jijik sangat ke diri aku? Sampaikan abah tidak mahu aku menyentuhnya?'' Tapi di keraskan jua hatinya. Tubuh lelaki yang sangat disayanginya itu terus di pangku menuju ke arah kereta perdana putih milik Naim Qashram.
“Adik tunggu kat rumah aje. Abang janji sampai hospital abang call.'' Ulang Naim Qashram, Setelah merebahkan bapanya di tempat duduk belakang.
“ Abang.. adik nak ikut, tolonglah.'' Rayu adik kepada si abang dengan sendu sedan. Tubuh Qasem yang terbaring di tempat duduk belakang di pandang sayu.
“ Jangan dik, abang takut abah makin marah kalau tengok adik ada sama, adik jangan risau. Abang akan call adik sebaik saja sampai hospital. Adik jaga diri baik-baik. Abang sayang adik, sayang sangat-sangat. Tak kira apa jugak dugaan yang datang, adik kena terima semuanya dengan redha dan tabah. Ingat pesan abang ni.'' Tanpa melengahkan masa Naim Qashran terus menghidupkan enjin kereta dan bergerak laju meninggalkan adiknya yang berdiri kaku memendam seribu perasaan.
……………………………………………………………………………………………
Hati terasa berdebar. Entah kenapa perasaan tidak enak bermain-main di sanubarinya.
Pandangannya kini terarah pada bingkai gambar di dinding kayu. Ada abah, ibu,
abang dan dirinya. Gambar itu dirakam ketika mereka menghadiri majlis
konvokesyen Naim Qashram lima tahun lalu.
Alangkah bahagianya mereka sekeluarga ketika itu. Air matanya tumpah lagi. Dia sangat merindui kenangan indah yang pernah singgah dalam hidupnya satu ketika dulu.
Alangkah bahagianya mereka sekeluarga ketika itu. Air matanya tumpah lagi. Dia sangat merindui kenangan indah yang pernah singgah dalam hidupnya satu ketika dulu.
“Assalamualikum…” Terdengar suara parau lelaki memberi salam dari luar rumah.
Gadis yang sedang ralit mengenang kenangan silam itu tersedar dari lamunan.
“Waalaikumusalam..'' Jawab gadis itu sopan. Pintu rumah di kuak, kelihatan dua orang lelaki dan seorang wanita yang berpakaian seragam sedang berdiri di hadapan rumahnya.
“Maaf menggangu Cik. Kami anggota polis dari IPD Batu Gajah. Boleh kami tumpang tanya. Ini rumah Encik Qasim bin Abdullah ke?'' Soal salah seorang anggota polis lelaki.
“ Yer encik, saya anak Qasim. Boleh saya tahu apa tujuan encik datang ke sini?'' Tanya gadis itu kehairanan.
''Sebelum tu boleh kami tahu apa hubungan cik dengan Naim Qashram?''
“Dia abang saya. Ada apa ni encik?'' Soal gadis itu dengan perasaan cuak.
“Saya harap cik dapat bertenang dengan apa yang kami ingin sampaikan.'' Kata anggota polis wanita itu. Gadis tersebut dihampirinya.
“Ada apa ni puan?'' Berkerut wajah gadis itu. Seribu pertanyaan sedang berlegar di benaknya.
“Bapa dan abang cik terlibat dalam kemalangan jalan raya.'' Anggota polis wanita itu berdiam diri seketika. Nafasnya di tarik perlahan. ‘’Keduanya meninggal di tempat kejadian. Bawa bersabar yer cik. Sesungguhnya setiap yang hidup akan kembali kepada-Nya.” Ucap anggota polis wanita itu lembut. Berat hatinya untuk menyampaikan berita pilu tersebut. Namun, tanggungjawab perlu dijalankan.
“Apa yang puan cakapkan ni. Tolonglah jangan bergurau dengan saya. Abah dan abang saya ada di hospital sekarang. Mereka ke hospital sebab nak rawat abah saya. Tolong jangan merepek, tolonglah jangan cakap perkara yang bukan-bukan. Saya tak nak dengar.'' Lemah lututnya, terus gadis itu terduduk. Kepalanya di geleng tanda tidak mempercayai perkhabaran yang diterimanya.
“Bawa mengucap cik, banyakkan bersabar.'' Pujuk anggota polis wanita itu kepada gadis malang tersebut. Kesian dia melihat gadis itu.
“Tak! Tak! Abah dan abang saya akan balik sekejap lagi.'' Percayalah cakap saya. Teriak gadis itu seperti orang kehilangan arah.
“Lebih baik aku mati daripada berdepan dengan semua ni.'' Itu kata-kata sayu yang keluar dari mulut abahnya.
“ Jangan dik, abang takut abah makin marah kalau tengok adik ada sama, adik jangan risau. Abang akan call adik sebaik saja sampai hospital. Adik jaga diri baik-baik. Abang sayang adik. Sayang sangat-sangat. Tak kira apa jua dugaan yang datang, adik kena terima semuanya dengan redha dan tabah.'' Itu suara abangnya sebelum Naim Qashram berangkat ke hospital. Kejadian tadi kembali berputar-putar di dalam ingatannya.
“Abahhh!! Abang!! Jangan tinggalkan adik!! Adik sayang abah dan abang. Jangan tinggalkan adik!'' Jerit gadis itu diiringi dengan tangisan yang kedengaran sayu di halaman rumah kayu itu. Namun, tidak lama kemudian, suara tangisan mula bertukar sepi. Gadis tersebut terkulai layu di dalam pelukan anggota polis wanita itu.
No comments:
Post a Comment