Tok! Tok! Tok!
“Masuk.'' Arah Tan Sri Syed Arman Syah. Pintu bilik
pejabatnya dibuka dari luar. Muncul Syed Rayyan Azman bersama beberapa fail di
tangan.
“Ini report berkenaan kontena yang
dihantar ke Cina.''
Huluran
Fail disambut lelaki yang masih tampak segak walaupun usianya telah menjangkau
pertengahan lima puluhan.
“How’s their feedback?'' Soal Tan Sri Syed Arman. Wajah anak sulongnya dipandang.
“ Mereka berpuas hati dengan perkhidmatan syarikat kita.''
‘’ Good. I want you to make sure that our services always satisfy
them. Because they’ are among our biggest customers. So, Macam mana dengan masalah Syarikat Hong
Technology?
Tiga hari lepas syarikatnya ada menerima tuntutan ganti rugi
daripada syarikat pengeluaran peralatan elektrik itu. Pihak syarikat berkenaan
melaporkan peralatan mereka banyak mengalami kerosakkan semasa aktiviti
pemunggahan kontena.
“ Pihak pelabuhan
masih jalankan siasatan. Banyak kemungkinan punca kerosakan tersebut berlaku.
Menurut pekerja di pelabuhan, tiada sebarang kemalangan masa kerja pemunggahan.
Selepas laporan akhir siap, Along sendiri akan berjumpa dengan pihak pertama
yang membawa barang ke pelabuhan. Kemungkinan barang tersebut rosak ketika
pemindahan barang dari kilang atau ketika dalam perjalanan.'' Terang lelaki
berkumis nipis itu selepas memeriksa laporan peringkat pertama.
“ Pastikan kes ini disiasat secepat mungkin, daddy tak nak
masalah ini menjejaskan nama baik syarikat kita.'' Tegas nada suara Tan Sri Syed
Arman. Kalendar di atas meja dicapai, di perhati tarikh-tarikh penting yang
telah dibulat merah.
“ Next week Siapa
yang akan attend meeting di Indonesia? kamu atau Angah?''
“ Angah. Kebetulan dia dan Johan nak cari perabot
jati di sana.'' Sebenarnya dia memang tidak dapat menyertai mesyuarat di Indonesia kerana telah terikat dengan jadual lain. Nasib baik adik keduanya Amira kebetulan ingin ke Indonesia bersama Johan. Pasangan suami isteri itu ingin mencari perabot untuk kondominium yang baru di beli. So, Amira selaku pengurus operasi di syarikat daddynya boleh menjadi wakil di sana nanti.
“ Beritahu angah, kalau customer kita di
sana tanya berkenaan tuntutan ganti rugi Syarikat Hong Technology. Cakap sahaja
kita masih menunggu laporan siasatan. Kalau betul kesilapan berpunca daripada
kita, segala tuntutan tersebut kita akan jelaskan. Ini membuktikan kita
bertanggungjawab jika kesilapan berpunca daripada pihak kita.'' Panjang lebar
pesanan diberikan kepada anaknya.
“Okey Daddy. So anything else?'' Tanya lelaki kacak berkemeja putih itu. Serba
tidak kena duduknya saat itu. Jangan lah daddy tanya pasal adik bongsunya. Tak
pasal-pasal aku pulak jadi mangsa amarah daddy. Perasaan resah berlagu-lagu di
hatinya.
“Ray ada call?'' Tanya Tan Sri Syed Arman. Laporan di
mejanya di teliti dengan wajah serius.
“Haih! Soalan maut ni lah paling aku lemah.'' Azman mengeluh perlahan.
“I don’t want to hear your babbler. Sindir CEO syarikat eksport dan import
yang terkemuka di Malaysia itu.
Tajam betul pendengaran daddy. Aku bercakap punyalah perlahan,
boleh pulak dia dengar. Sempat lagi dia bermonolog di dalam
hati. “Ermm, dia ada call minggu lepas. Balas
lelaki berusia tiga puluh dua tahun itu.
“ Dia cakap apa?''
“ Nothing Important. Dia cuma bertanya khabar.”
“ Dia ada beritahu bila
nak balik?''
“ No.'' Balas Azman sambil menelan liur
kesekian kalinya. Dia memang cukup gerun dengan sikap tegas daddy nya.
“Next time, kalau dia call. Cakap dengan dia, tukar
aje kewarganegaraan. Tinggal sana terus. Tak payah balik langsung pun tak
apa.'' Sakit hatinya bila memikirkan sikap anak bongsunya seperti kacang
lupakan kulit.
Setiap kali marah, Tan Sri Syed Arman lebih suka bercakap lepas.
Seisi keluarga lelaki tersebut memang sudah kalih dengan sikap ahli perniagaan
popular itu.
“Daddy. Biarlah Ray cari pengalaman di sana dulu. Satu
hari nanti dia balik lah.'' Bela Azman. Wajah serius daddy nya ditenung lembut.
“Dulu dia janji nak tolong walid bila habis Master. After
that, bagi alasan nak cari pengalaman satu tahun dulu di overseas.
Sekarang, bukan setahun tapi bertahun-tahun bertapa di sana.'' Panas betul
hatinya, suhu penghawa dingin bilik pejabat berkonsepkan moden dan mewah itu
langsung tidak mampu menyejukkan perasaannya.
“Habis apa yang kita mampu buat daddy? Along
bukan tak pernah pujuk. Angah dan mummy pun dah naik jemu pujuk dia balik ke
sini.''
Setiap bulan pasti persoalan berkenaan Azrai dibangkitkan oleh
daddy nya. Bosan memang bosan, tapi nak tak nak dia terpaksa jawab walaupun
jawapan yang di berikan sama sahaja dengan jawapan sebelum ini.
“ Apa kata along pergi sana, bawak Ray balik.'' Dilihat anak
lelakinya sedikit tersentak dengan arahannya.
“ Daddy, Ray bukan lagi budak kecil yang boleh kita heret balik ke
sini sesuka hati.'' Balas Azman. Terasa lucu pula dengan arahan daddy nya. Kalau
Azrai umur lima tahun, boleh jugak dia dukung bawa naik kapal terbang ke, kapal
selam ke, tak pun helikopter ke. Sekarang adik bongsunya itu sudah
besar panjang, dah boleh bergelar bapak budak. Lagipun dia cukup kenal dengan
sikap adiknya. Setiap keputusan yang dibuat tiada sesiapa pun yang boleh
menghalang. Adiknya itu lebih suka buat hal sendiri tanpa campur tangan dari
keluarga.
Tan Sri Syed Arman mendengus kasar. Satu masa dulu dia telah bersepakat dengan adik lelakinya iaitu Dato' Syed Amran untuk menghantar setiap seorang daripada anak masing-masing untuk membantu ayahnya iaitu Tan Sri Syed Adam menguruskan SAM Group. Kini, adiknya telah mengotakan janji dengan menghantar Syafiq. Tapi dia? sehingga sekarang masih menunggu kepulangan anak 'bertuahnya' itu pulang. Tebal rasa mukanya usah di cakap. Rasa macam manusia tidak menepati janji pula!
“ Daddy sebenarnya rasa cukup malu dengan walid dan Pak Ngah kamu.
Mesti mereka anggap, daddy mungkir janji. Cakap nak suruh Ray bantu SAM Group, tapi habuk pun tak ada. Harapkan Syafiq sorang, mana
sempat dia nak handle semua.''
“ Along pun buntu fikirkan Ray. Luah Azman.'' Dia sendiri serabut memikirkan perihal tersebut. Kedegilan adiknya memang diwarisi dari sikap Tan Sri Syed Arman. Antara mereka tiga beradik, adik bongsunyalah yang paling degil dan berani melawan kata-kata daddynya.
**********************************************
Keindahan landskap
berkonsepkan tropika dengan pelbagai jenis tumbuhan dan bunga-bungaan yang di
tanam pada sekitar laman Villa Kasih pasti akan memukau pandangan sesiapa
sahaja yang bertandang.
Suasana tenang di laman villa
itu sedikit terganggu dengan suara tangisan seorang gadis berambut perang di
set kerusi buatan Itali yang terletak cantik di tepi kolam ikan.
Kelihatan Mak Mah pembantu
rumah di villa tersebut menatang dulang menghampiri kedua wanita yang sedang
khusyuk berbual. Dua gelas jus oren bersama kek coklat di hidangkan di atas
meja.
“ Puan, ini airnya. Cik Suzy jemput minum.''
“ Terima kasih Mak Mah. Ucap
Puan Sri Syarifah Marlina.''
“ Sama-sama puan.” Mata
pembantu rumah berusia lima puluh dua tahun itu tertunak ke arah wajah
perempuan yang lembap dengan air mata. Comot segala bagai eye shadow, maskara dan
celaknya. “Kalau hantu tengok , mesti hantu pun lintang pukang.” Sempat
lagi pembantu rumah berusia lima puluhan itu mengata di dalam hati. Selesai
sahaja tugasnya, Mak Mah terus meminta diri.
“ Shushh, Suzy jangan
nangis lagi, karang aunty call Ray, mintak dia explain kenapa dia buat Suzy macam ni.''
Sudah tidak terkira tisu yang dihulurkan kepada
teman wanita anaknya itu. Bahu gadis yang berpakaian seksi terdedah di bahagian bahu diusap-usap oleh
Puan Sri Syarifah Marlina. Sedih dia melihat calon menantunya menangis tidak
henti-henti daripada tadi.
“ Ray semakin berubah aunty.
Dia langsung tak hargai Suzy. Empat tahun Suzy bersabar dengan karenah dia.
Dilap air mata yang mengalir. Dia anggap Suzy seolah tak pernah wujud
dalam hidup dia!'' Semakin laju pulak air mata mengalir di wajah wanita cantik
kacukan cina itu.
“ Mybe dia busy.'' Puan Sri Marlina cuba untuk
menyedapkan hati Suzy.
“ No, aunty. Masa dia
study kat Malaysia dulu busy macam
mana sekalipun dia tetap ada masa call
or mesej Suzy. Tapi sejak dia
ambil keputusan ke London perangai dia berubah tiga ratus enam puluh darjah.
Dia langsung tak contact Suzy. Hanya
Suzy aja terhegeh-hegeh call dan melawat dia di sana,'' Sebak Suzy mengadu.
Puan Sri Syarifah Marlina mula berasa buntu mahu memujuk Suzy. Apa yang diperkatakan mesti dibetah gadis
tersebut. Dia sendiri mengakui tentang perubahan sikap anaknya yang lebih suka
menyendiri dan terperap di dalam bilik jika anaknya itu pulang ke Malaysia.
“ Minggu lepas, Suzy ke
sana jumpa Ray. Aunty tahu apa dia cakap? Next
time you tak perlu bersusah
payah datang sini. I dah tak ada perasaan pada you. I hope you accept my
decision. Beritahu Suzy. Badannya mula terhinjut-hinjut
menahan tangis. Nafasnya di tarik panjang. “Suzy
memang tak dapat terima semua ni aunty. I
love him so much.” Sambungnya lagi bersama linangan air mata.
Terkejut Puan Sri Syarifah
Marlina mendengar cerita Suzy. Dulu anaknya separuh mati gilakan Suzy. Pendek kata di mana ada Suzy, di situ ada
anaknya. Macam belangkas. Tapi kenapa sejauh itu perasaan anaknya berubah. Entah-entah anaknya
sudah tersangkut dengan Minah kota London tak. Geram pula mengenangkan sikap
anaknya itu.
“ Don’t worry Suzy. Next week aunty dan Along nak melawat Ray. Aunty janji selesaikan masalah kamu berdua.
“ Aunty promise dengan Suzy pujuk Ray terima Suzy
seperti dulu. Lemah dan sayu gadis itu bersuara. Tangan Puan Sri Syarifah
Marlina digenggamnya. Mengharapkan wanita itu dapat melembutkan kekerasan hati
teman lelakinya itu.
I promise sayang. Janji Datin Sri Syarifah Marlina. Sudah-sudah, jangan
menangis lagi. Minum air ni. Simpati dia melihat Suzy.
“ Thank’s aunty.’’ Wajah Suzy tidak sekeruh
tadi. Lega sedikit hatinya selepas
mendengar janji Puan Sri Syarifah Marlina. Dia sangat berharap Puan Sri
Syarifah Marlina dapat melembutkan hati lelaki kesayangannya itu. Gelas berisi fresh orange di capai dan di sisip sopan.
Tiba-tiba Suzy berasa air di teguk terasa kesat apabila melihat sebuah kereta Mercedez Brabus bewarna hitam metallic
memasuki garaj kereta. Muncul kelibat Tan Sri Syed Arman bersama pemandunya.
Dari kejauhan, dia perasan lelaki tersebut memandang ke arahnya dan Puan Sri
Syarifah Marlina. Suzy mula berasa tidak senang duduk.
“ Aunty.. Suzy nak minta diri
dulu. Ada hal sikit kat office.'' Suzy sengaja mereka alasan. Sebenarnya
dia sengaja ingin mengelak diri dari Tan Sri Syed Arman.
“ Laa, kenapa cepat sangat?'' Soal Puan Sri
Syarifah Marlina. Dia bukan tidak dapat membaca tindak tanduk Suzy yang tampak
gelisah setiap kali suaminya muncul. Kesian dia melihat gadis tersebut.
Suaminya memang suka menyindir Suzy. Apa jua berkaitan gadis itu. Pasti tidak
berkenan di mata suaminya.
“ Suzy ada kerja penting, ada
report yang kena hantar dengan JKR petang ni.''
Tangan yang dihulur disambut
Puan Sri Syarifah Marlina. Kedu-dua perempuan tersebut berlaga pipi kiri,
kanan. Handbag berjenama Chanel disangkut ke bahu.
Belum sempat kaki Suzy melangkah. Muncul Tan Sri Syed Arman dengan wajah
seriusnya.
“ Hai Uncle.'' Sapa Suzy, mesra sebaik sahaja Tan Sri Syed Arman berdiri di sisi Puan Sri Marlina.
“ Waalaikumusalam.'' Tan Sri Syed Arman menyindir. Terkejutnya melihat wajah Suzy. Gelak cuba di tahan. Puhh! Kus semangat! Dari jauh tak
perasan pulak wajah Suzy yang ‘terlampau seni’ hari ini.
Merah padam wajah gadis
jelita itu apabila terasa dirinya di sindir. Eeee! Sakitnya hati aku dengan
orang tua ni! Perangai bapak dengan anak sebijik! Dua kali lima! dua-dua
menyakitkan hati! Bentak Suzy di dalam hati.
“ Okey Suzy, don’t
forget send my regards to your mummy and daddy.'' Puan Sri Syarifah Marlina cuba
menjernihkan keadaan. Kesian dia melihat wajah Suzy seperti buah prum, mana
taknya sekejap masam sekejap di maniskan. Ini semua suaminya punya pasal!
Dihampiri Tan Sri Arman. Pinggang suaminya dicubit dan dipulas-pulasnya. Dari sisi matanya dapat melihat wajah suaminya mula bertukar
merah menahan sakit.
“ Adoii! Dari mana pulak
ketam muncul ni. Kita ada bela ketam dalam kolam ni ke mummy?'' Sindir Tan Sri
Syed Arman kepada isterinya.
“ Semalam mummy terjumpa di tepi pantai. Jadi apa salahnya kita bela.'' Dengan
selamba si isteri membalas soalan si suami.
“ Okey, nanti Suzy sampaikan.
Suzy gerak dulu yer uncle, aunty.'' Senyuman paling indah dihadiahkan kepada
pasangan suami isteri itu. Pantas kaki panjang Suzy melangkah. Tidak sabar
untuk meninggalkan pekarangan villa mewah itu.
“ Ish! Apesal mummy cubit
daddy. Sakit tau tak?'' Marah Tan Sri Syed Arman kepada isterinya sebaik sahaja
kelibat Suzy menghilang.
“ Memang padan dengan muka
daddy. Kalau iyer pun tak sukakan seseorang, janganlah
ditunjuk sangat perasaan tu.''
“ Daddy bukannya lelaki
hipokrit. Mana reti nak berlakon suka pada sesuatu benda yang daddy tak
suka. Begitu jugak sebaliknya.''
“ Daddy buat Suzy rasa malu
tadi, tau tak?''
“Bukan sengaja sayang oii.
Semua tu berlaku secara automatik.''
“ Ada-ada aje putar belitnya.'' Muncung di tarik. Tanda protes terhadap kata-kata suaminya. Bila lah
suaminya dapat menerima Suzy seperti mana dia menerima gadis jelita tersebut.
“ Belit terbelit pun suami mummy jugak. Hurm, lupa nak tanya. Terkejut beruk
daddy tengok muka Suzy tadi. Ingatkan hantu Kak Limah sesat rumah. Kenapa comot
semacam aje muka dia?'' Ketawa di tahan tadi kembali mengeletek dirinya. Kuat
tawa Tan Sri Syed Arman meletus.
“ Daddy, kalau cakap berbaik sikit
boleh tak! Suka sangat kutuk budak tu. Kesian saya tengok. Semakin menggelegak
perasaan Puan Sri Syarifah Marlina, apabila melihat suaminya gelak macam tak
ingat dunia.
“ Bukan mengutuk tapi
hakikat.''
“ Whatever lah Tan Sri Syed Arman Syah oiiii!''
“ Apa masalah calon menantu
kesayangan awak tu?''
“ Pasal anak bongsu awak tu lah.'' Balas wanita
anggun itu acuh tak acuh.
“ Kenapa pulak?'' Berkerut dahinya apabila hal anaknya dibangkitkan.
“ Dia nak putuskan hubungan dengan Suzy. Syahdu suara Puan Sri Syarifah
Marlina.
“ Syukur Alhamdulillah. Dalam soal ni, buat pertama kalinya daddy sokong
tindakan Ray.
“ Daddy! Mummy betul-betul geram dengan daddy tau. Dari dulu anti sangat dengan
Suzy. Apa kurangnya dia? Budak tu baik, cantik, berpendidikan tinggi, anak
orang berada. Memang sesuai sangat dengan Ray.'' Sedikit terjerit suara Puan Sri
Syarifah Marlina. Kata-kata suaminya betul-betul menyakitkan hatinya.
“ A’aa, memang tersangat sesuai. Mummy bukan tak tahu anak bongsu mummy tu
buaya darat, buaya tembaga, pendek kata semua spesis buaya di jadikan sifunya.
Nak disatukan pulak dengan playgirl.
Haa, elok sangat lah. Si Ray Playboy kahwin dengan Si Suzy playgirl, esok lusa rumahtangga
pun jadi playground.''
Tan Sri Syed Arman bangun melangkah ke arah kolam. Dilemparkan pellet kepada
ikan belaannya. Berkocak-kocak air dengan aksi sekumpulan ikan yang merebut makanan.
“ Yang daddy merepek pasal buaya, playboy, playgirl, playground
ni kenapa? Lain orang cakap, lain pulak dia merepek.'' Ujar Puan Sri Syarifah
Marlina.
“ Daddy bukan apa. Sepatutnya sebagai seorang ibu, mummy mestilah memilih calon
yang terbaik untuk anak kita. Kalau Ray negatif, kita satukan dengan positif.
Ini tak, dua- dua negatif.''
Bukan dia tidak tahu aktiviti liar anak gadis
kepada sahabatnya itu. Setiap malam terkinja-kinja di kelab malam. Keluar kelab
dengan keadaan mabuk. Berpeluk sana sini tanpa segan silu. Dengan pakaian tidak
pernah cukup kain. Duit bertimbun tapi nak beli baju yang cukup kain pun tak
mampu. Isterinya memang tidak pernah mengetahui aktiviti luar gadis yang selalu
di puja-puja itu.
“ Malas Mummy nak bertikam
lidah dengan daddy. Buang air liur aje. Ermm, Next
week, Mummy dan along berpakat nak pergi melawat Ray.'' Ujar Puan Sri
Syarifah Marlina. Cuba mengalihkan topik perbualan. Kalau berdebat pasal Suzy
dengan suaminya, sampai tahun depan pun takkan habis.
“ Asyik mummy aje berulang
alik ke sana. Sebab tu budak tu tak nak balik! Cuba mummy tak payah jenguk dia
langsung. Tahulah dia cari jalan balik nanti.''
“ Kalau kita dua-dua
berkeras, sampai bila-bila pun anak teruna kita tu takkan balik. Selama ni,
mummy berulang-alik ke sana untuk pujuk Ray. Mana tahu satu hari nanti dia
bertukar fikiran. Luah Datin Sri Syarifah Marlina.
''Perasaan rindu pada anak
bongsunya membuak-buak. Bertahun-tahun berjauhan, boleh dikira dengan jari
berapa kali sahaja anaknya itu pulang. Tibanya hari lebaran pun, belum tentu
anaknya akan memunculkan diri. Talian telefonlah pengubat rindu terhadap anak
bujangnya itu.''
“ Daddy bukannya berkeras.
Daddy dah tak tahu nak buat apa dengan si Ray tu?''
“ Susah-susah sangat, daddy
upah aje penculik culik anak daddy tu. Kurung dalam kontena bawak balik dengan
kapal. Daddy kan pengimport dan pengeskport. Sekali-sekala eksport manusia apa
salahnya. Bukan sesiapa pun, anak sendiri jugak.''
''Ke situ pulak awak ni. Awak
ingat saya jalankan aktiviti permedagangan orang! Kalau saya di tangkap
muka awak jugak popular masuk buletin utama.''
''Orang bergurau sikit pun tak
boleh. Kalau babitkan hal kerja boleh pulak serius. Tapi soal anak buat endah
tak endah aje! Sindir Puan Sri Marlina. Geram dengan sikap Tan Sri Arman yang
tidak pernah mempunyai masa melawat anak bongsunya di London. Nak pergi
memujuk? Tunggu kucing bertanduk lah jawabnya.'' Omel Puan Sri Marlina sambil menjuihkan bibir.
''Malas saya nak bertekak
dengan awak. Lebih baik saya masuk mandi, sekurang-kurangnya sejuk sikit badan
saya yang mula panas ni.'' Usai saja berkata, Tan Sri Arman terus meninggalkan
Puan Sri Marlina. Wajah isterinya yang masam mencuka langsung tidak di pandang.