Thursday, 18 December 2014

Tautan Cinta Mu (BAB 4)



“Macam mana dengan keputusan tender projek di Putrajaya?" Soal lelaki berusia dalam pertengahan enam puluhan kepada Syafiq yang tampak segak berkemeja biru.

Harga kita berada di tempat kesepuluh. Syarikat Teguh Bina yang berjaya dapat projek tu." Berat mulutnya untuk memberitahu perkara sebenar kepada datuknya. 

Terdengar keluhan kasar Tan Sri Syed Adam. Tidak berpuas hati dengan apa yang terkeluar dari mulut cucunya.

“ Before tender tu dihantar, kamu ada check tak?"

“ Saya tak sempat Walid, masa group Fauzan isi tender tu, saya ada meeting kat Sarawak.''

Jemari tua Tan Sri Syed Adam mula menari di dahinya. Sayang sekali projek bernilai ratusan juta ringgit itu terlepas ke tangan orang lain. Sebelum ini walaupun gagal mendapat sebarang projek. Harga tender syarikatnya tak pernah berada di tangga seteruk itu. Paling teruk pun di tempat kelima ke atas.

“ Walid, jangan stress sangat. Kesihatan Walid kena jaga. Nasihat Syafiq kepada Tan Sri Adam. Risau melihat reaksi datuknya.
       
     “ Fiq jangan risau, Walid okey aje. Itu semua perkara biasa Fiq. Asam garam dunia pembinaan. Satu projek menjadi buruan berpuluh-puluh kontraktor lain.'' Jelas Tan Sri Adam cuba menyembunyikan perasaan kecewa. “Kalau Ray ada, boleh dia bantu Fiq. Walid kesian tengok Fiq, nak monitar company dalam masa yang sama perlu control semua projek. Walid pun tak berapa sihat nak attend meeting sana sini.''  Sambungnya lagi.  

Selepas berbicara tubuh tua itu bangun dari kerusi empuknya. Berdiri sambil menyilangkan tangan di hadapan cermin besar yang menampakkan suasana bandaraya Kuala Lumpur. Dalam usia sepertinya memang patut berehat dari memikirkan masalah syarikat. Namun, kebimbangan sentiasa menguasainya kerana Syafiq masih mentah untuk menerajui syarikat yang sudah berdiri megah hampir empat puluh tahun dalam dunia pembinaan. 

“ Walid jangan risau. Fiq yakin tak lama lagi Ray tentu akan pulang.'' Tutur Syafiq.

Walaupun hakikatnya dia sendiri tidak yakin dengan kata-katanya. Empat  tahun dia memujuk sepupunya pulang, namun semakin dia mengejar, semakin jauh sepupunya  pergi. Dan semakin dia merayu, semakin keras hati sepupunya itu.

“ Walid juga harap begitu. Fiq, kalau esok lusa di takdirkan Allah menjemput Walid pergi. Walid harap Fiq dan Ray jaga syarikat walid ni seperti korang jaga nyawa kamu sendiri. Walid terlalu sayangkan syarikat ni. Di sini juga tumpahnya kasih sayang Walid dan arwah nenek kamu. Bersusah payah Walid dan arwah nenek bangunkan sehingga syarikat ni mampu berdiri megah seperti sekarang.'' Sayu kedengaran suara tua itu menuturkan setiap pesanan kepada cucu harapannya.

“ Walid. Please don’t said like that.'' Fiq sentiasa doakan Walid supaya dipanjangkan umur dan sentiasa sihat. Walid jangan risau, Fiq janji akan jaga syarikat ni dengan baik. Ikrar Syafiq. Tidak senang mendengar kata-kata datuknya berkenaan soal mati.

“ Walid dah tua Fiq. Sebulan sekali keluar masuk hospital. Tenaga Walid tidak sekuat dulu. Tapi fikiran Walid tak boleh berhenti dari memikirkan perjalanan syarikat ni.''

“ Apa kata Walid pergi bercuti, tenangkan fikiran. Sejak arwah nenek meninggal. Fiq tak pernah tengok Walid pergi mana-mana selain habiskan masa di rumah dan office. Fiq boleh minta mama dan papa  temankan Walid bercuti. Bila otak tenang, tubuh badan pun sihat.''  Gaya Syafiq bercakap tak ubah seperti seorang doktor.

“ Sejak arwah nenek meninggal, Walid hilang minat nak melancong. Dulu ada jugak orang temankan Walid ke mana-mana. Sekarang anak-anak semua sibuk dengan kerja. Hanya Fiq tempat Walid mengadu.''

“ Kesian Walid.'' Bisik Syafiq  di dalam hati. Hari ini dalam sejarah, apabila Walid meluahkan perasaan duka yang tersimpul rapi disebalik perwatakan tegasnya. Saat ini Syafiq tersedar. Kesibukan darah daging Walid mengejar kehidupan dunia sehingga terlupa Walid yang memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada anak dan cucunya. Kesian walid!


*******************************************


Waktu makan tengahari masih berbaki sepuluh minit. Kelihatan lima orang kakitangan Jabatan Projek Teknikal sedang rancak berbual di meja Hasnah.

“ I dengar cucu Tan Sri yang stay kat oversea tu nak balik. Maybe dia yang akan jadi project director department kita ni. Ramai budak office ni cakap anak bongsu Tan Sri Arman tu sombong orangnya, berbeza betul dengan perangai Encik Syafiq. Cerita Hasnah bersungguh-sungguh.

Ramai kakitangan di situ menggelarkan Hasnah sebagai wartawan Kosmo di wisma tersebut. Semua cerita bermula dari A hingga Z di ketahuinya. Jarang sekali cerita di bawa wanita itu tersilap dari fakta yang diceritakan.

            “Biasalah anak orang kaya. Sombong dan berlagak memang habit dorang. Nani tiba-tiba mencelah. Ramai di kalangan anak orang berada yang dijumpai di majlis-majlis rasmi mesti lebih suka mengasingkan diri dari orang kebanyakan. Jika ingin berbual atau beramah mesra, mesti berkumpul di kalangan mereka sahaja. Tapi ada juga sorang dua boleh di ajak bergurau senda.

“Kenapa dia tak kerja dengan daddy dia aje?'' Tanya Wahid pula. Cermin mata dilurutkan ke bawah.

“Anak sulong dan nombor dua Tan Sri Arman kan dah ada bantu dia kat company tu. Jawab Hasnah.

“ Oh! Kiranya Tan Sri Arman arahkan anak bongsu dia tolong Tan Sri Adam lah. Wahid mengganguk, mula mengerti.

“A’aa, lagi pun, sejak dua menjak ni Tan Sri Adam kan asyik keluar masuk hospital , mana sempat dia nak ambik tahu hal company. Encik Syafiq kerja sini pun, sebab Datuk Azam yang minta bantu ayahnda dia.''

“Kesian Tan Sri Adam, ada anak, tapi sibuk dengan company masing-masing.'' Mazlan yang berada di situ turut mencelah.

“Betul, betul. Kenapa anak-anak dia tak handle company ni aje?'' Soal Fauziah pula. Fauziah merupakan PA kepada Rafiq.

“Tan Sri Adam lebih suka anak-anak dia berdikari. Tengok sekarang, anak-anak dia semua berjaya dengan bisness masing-masing. Sorang dapat gelaran Tan Sri, sorang lagi pulak Datuk.''  

Semua yang berada di situ hanya mengganguk, mengiakan cerita Hasnah, Tan Sri Syed Adam sangat bertuah, kerana kedua orang anaknya iaitu Tan Sri Syed Arman Syah dan Datuk Syed Azam Syah merupakan ahli perniagaan terkenal di Malaysia.
            
        “ Tapi, bukan ke anak-anak Tan Sri buka company sendiri menggunakan duit bapak dorang  jugak?
           
         “ Memang betul. Tapi duit tu hanya di pinjamankan. So, bila syarikat anak-anak dia dah dapat keuntungan duit tersebut perlu di bayar semula kepada Tan Sri. Korang semua macam tak tahu ketegasan Tan Sri didik anak-anak dia tu. Terjuih-juih mulut Hasnah menjawab soalan Wahid.
        
      “ Hurm, patut lah position project director masih kosong sampai sekarang. Rupanya jawatan tu untuk cucu Tan Sri.

            “ Selepas Encik Razlan bersara tiga tahun lepas selepas menyandang jawatan itu selama lima belas tahun lamanya. Jabatan Pengurusan Sumber Manusia tidak pernah menyiarkan sebarang iklan bagi jawatan terbesar dan terpenting bagi Jabatan projek dan teknikal di Wisma SAM Group itu.
          
         “ Sepatutnya cucu Tan Sri mula bekerja sekali dengan Encik Syafiq lepas habis Master. Tapi sampai sekarang tak menjelma.''

“ Berapa usia budak tu?'' Tidak jemu Wahid mengajukan soalan kepada Hasnah.

Memang menjadi kepantangan mereka, kalau hikayat keluarga Tan Sri Syed Adam diceritakan. Pelbagai soalan sejarah turun temurun keluarga lelaki itu di selongkar oleh kaki-kaki penyibuk di situ. Bila satu jabatan mengetahui satu cerita baru. Mesti tidak sampai dua hari berita tersebut berjangkit ke tingkat lain pula.

“ Tak silap akak, umur dia sebaya dengan  Encik Syafiq.''

“ Handsome tak budak tu akak? tanya Fauziah, kemerahan sekejap pipinya.

“ Malam karang akak teropong sampai ke London. Esok akak bagitau kamu dia handsome ke tak. Jawab Hasnah dengan nada gedik. Macam lah aku pernah tengok muka mamat tu! Ujar Hasnah dalam hati.
        
        Kedengaran tawa bergema di jabatan tersebut. Semakin merah pipi Fauziah apabila di tertawakan oleh rakan sekerjanya. 








Wednesday, 17 December 2014

Tautan Cinta Mu (BAB 3)

  
                Tok! Tok! Tok!
            
            “Masuk.'' Arah Tan Sri Syed Arman Syah. Pintu bilik pejabatnya dibuka dari luar. Muncul Syed Rayyan Azman bersama beberapa fail di tangan.

  “Ini report berkenaan kontena yang dihantar ke Cina.''

              Huluran Fail disambut lelaki yang masih tampak segak walaupun usianya telah menjangkau pertengahan lima puluhan.

“How’s their feedback?'' Soal Tan Sri Syed Arman. Wajah anak sulongnya dipandang.

“ Mereka berpuas hati dengan perkhidmatan syarikat kita.''

‘’ Good. I want you to make sure that our services always satisfy them.  Because they’ are among our biggest customers. So, Macam mana dengan masalah Syarikat Hong Technology?

Tiga hari lepas syarikatnya ada menerima tuntutan ganti rugi daripada syarikat pengeluaran peralatan elektrik itu. Pihak syarikat berkenaan melaporkan peralatan mereka banyak mengalami kerosakkan semasa aktiviti pemunggahan kontena.

 Pihak pelabuhan masih jalankan siasatan. Banyak kemungkinan punca kerosakan tersebut berlaku. Menurut pekerja di pelabuhan, tiada sebarang kemalangan masa kerja pemunggahan. Selepas laporan akhir siap, Along sendiri akan berjumpa dengan pihak pertama yang membawa barang ke pelabuhan. Kemungkinan barang tersebut rosak ketika pemindahan barang dari kilang atau ketika dalam perjalanan.'' Terang lelaki berkumis nipis itu selepas memeriksa laporan peringkat pertama.

“ Pastikan kes ini disiasat secepat mungkin, daddy tak nak masalah ini menjejaskan nama baik syarikat kita.'' Tegas nada suara Tan Sri Syed Arman. Kalendar di atas meja dicapai, di perhati tarikh-tarikh penting yang telah dibulat merah. 

 Next week  Siapa yang akan attend meeting di Indonesia? kamu atau Angah?''

“ Angah. Kebetulan dia dan Johan nak cari perabot jati di sana.'' Sebenarnya dia memang tidak dapat menyertai mesyuarat di Indonesia kerana telah terikat dengan jadual lain. Nasib baik adik keduanya Amira kebetulan ingin ke Indonesia bersama Johan. Pasangan suami isteri itu ingin mencari perabot untuk kondominium yang baru di beli. So, Amira selaku pengurus operasi di syarikat daddynya boleh menjadi wakil di sana nanti.   

 “ Beritahu angah, kalau customer kita di sana tanya berkenaan tuntutan ganti rugi Syarikat Hong Technology. Cakap sahaja kita masih menunggu laporan siasatan. Kalau betul kesilapan berpunca daripada kita, segala tuntutan tersebut kita akan jelaskan. Ini membuktikan kita bertanggungjawab jika kesilapan berpunca daripada pihak kita.'' Panjang lebar pesanan diberikan kepada anaknya.   

“Okey Daddy. So anything else?'' Tanya lelaki kacak berkemeja putih itu. Serba tidak kena duduknya saat itu. Jangan lah daddy tanya pasal adik bongsunya. Tak pasal-pasal aku pulak jadi mangsa amarah daddy. Perasaan resah berlagu-lagu di hatinya.

“Ray ada call?'' Tanya Tan Sri Syed Arman. Laporan di mejanya di teliti dengan wajah serius.

“Haih! Soalan maut ni lah paling aku lemah.'' Azman mengeluh perlahan.

“I don’t want to hear your babbler. Sindir CEO syarikat eksport dan import yang terkemuka di Malaysia itu.

Tajam betul pendengaran daddy. Aku bercakap punyalah perlahan, boleh pulak dia dengar. Sempat lagi dia bermonolog di dalam hati. “Ermm, dia ada call minggu lepas. Balas lelaki berusia tiga puluh dua tahun itu.

“ Dia cakap apa?''

 Nothing Important. Dia cuma bertanya khabar.”

“ Dia ada beritahu bila nak balik?''

“ No.'' Balas Azman sambil menelan liur kesekian kalinya. Dia memang cukup gerun dengan sikap tegas daddy nya.

Next time, kalau dia call. Cakap dengan dia, tukar aje kewarganegaraan. Tinggal sana terus. Tak payah balik langsung pun tak apa.'' Sakit hatinya bila memikirkan sikap anak bongsunya seperti kacang lupakan kulit.

Setiap kali marah, Tan Sri Syed Arman lebih suka bercakap lepas. Seisi keluarga lelaki tersebut memang sudah kalih dengan sikap ahli perniagaan popular itu.

“Daddy. Biarlah Ray cari pengalaman di sana dulu.  Satu hari nanti dia balik lah.'' Bela Azman. Wajah serius daddy nya ditenung lembut.

 “Dulu dia janji nak tolong walid bila habis Master. After that, bagi alasan nak cari pengalaman satu tahun dulu di overseas. Sekarang, bukan setahun tapi bertahun-tahun bertapa di sana.'' Panas betul hatinya, suhu penghawa dingin bilik pejabat berkonsepkan moden dan mewah itu langsung tidak mampu menyejukkan perasaannya.

“Habis apa yang kita mampu buat daddy? Along bukan tak pernah pujuk. Angah dan mummy pun dah naik jemu pujuk dia balik ke sini.''

Setiap bulan pasti persoalan berkenaan Azrai dibangkitkan oleh daddy nya. Bosan memang bosan, tapi nak tak nak dia terpaksa jawab walaupun jawapan yang di berikan sama sahaja dengan jawapan sebelum ini.

“ Apa kata along pergi sana, bawak Ray balik.'' Dilihat anak lelakinya sedikit tersentak dengan arahannya.

“ Daddy, Ray bukan lagi budak kecil yang boleh kita heret balik ke sini sesuka hati.'' Balas Azman. Terasa lucu pula dengan arahan daddy nya. Kalau Azrai umur lima tahun, boleh jugak dia dukung bawa naik kapal terbang ke, kapal selam ke, tak pun helikopter ke. Sekarang  adik bongsunya itu sudah besar panjang, dah boleh bergelar bapak budak. Lagipun dia cukup kenal dengan sikap adiknya. Setiap keputusan yang dibuat tiada sesiapa pun yang boleh menghalang. Adiknya itu lebih suka buat hal sendiri tanpa campur tangan dari keluarga.

Tan Sri Syed Arman mendengus kasar. Satu masa dulu dia telah bersepakat dengan adik lelakinya iaitu Dato' Syed Amran untuk menghantar setiap seorang daripada anak masing-masing untuk membantu ayahnya iaitu Tan Sri Syed Adam menguruskan SAM Group. Kini, adiknya telah mengotakan janji dengan menghantar Syafiq. Tapi dia? sehingga sekarang masih menunggu kepulangan anak 'bertuahnya' itu pulang. Tebal rasa mukanya usah di cakap. Rasa macam manusia tidak menepati janji pula!

“ Daddy sebenarnya rasa cukup malu dengan walid dan Pak Ngah kamu. Mesti mereka anggap, daddy mungkir janji. Cakap nak suruh Ray bantu SAM Group, tapi habuk pun tak ada. Harapkan Syafiq sorang, mana sempat dia nak handle semua.''


“ Along pun buntu fikirkan RayLuah Azman.'' Dia sendiri serabut memikirkan perihal tersebut. Kedegilan adiknya memang diwarisi dari sikap Tan Sri Syed Arman. Antara mereka tiga beradik, adik bongsunyalah yang paling degil dan berani melawan kata-kata daddynya. 




**********************************************


Keindahan landskap berkonsepkan tropika dengan pelbagai jenis tumbuhan dan bunga-bungaan yang di tanam pada sekitar laman Villa Kasih pasti akan memukau pandangan sesiapa sahaja yang bertandang.

Suasana tenang di laman villa itu sedikit terganggu dengan suara tangisan seorang gadis berambut perang di set kerusi buatan Itali yang terletak cantik di tepi kolam ikan.

Kelihatan Mak Mah pembantu rumah di villa tersebut menatang dulang menghampiri kedua wanita yang sedang khusyuk berbual. Dua gelas jus oren bersama kek coklat di hidangkan di atas meja.
            
 “ Puan, ini airnya. Cik Suzy jemput minum.''

“ Terima kasih Mak Mah. Ucap Puan Sri Syarifah Marlina.'' 

“ Sama-sama puan.” Mata pembantu rumah berusia lima puluh dua tahun itu tertunak ke arah wajah perempuan yang lembap dengan air mata. Comot segala bagai eye shadow, maskara dan celaknya. “Kalau hantu  tengok , mesti hantu pun lintang pukang.” Sempat lagi pembantu rumah berusia lima puluhan itu mengata di dalam hati. Selesai sahaja tugasnya, Mak Mah terus meminta diri.  

 “ Shushh, Suzy jangan nangis lagi, karang aunty call Ray, mintak dia explain kenapa dia buat Suzy macam ni.''       
            
  Sudah tidak terkira tisu yang dihulurkan kepada teman wanita anaknya itu. Bahu gadis yang berpakaian seksi terdedah di bahagian bahu diusap-usap oleh Puan Sri Syarifah Marlina. Sedih dia melihat calon menantunya menangis tidak henti-henti daripada tadi.

 “ Ray semakin berubah aunty.  Dia langsung tak hargai Suzy. Empat tahun Suzy bersabar dengan karenah dia. Dilap air mata yang mengalir.  Dia anggap Suzy seolah tak pernah wujud dalam hidup dia!'' Semakin laju pulak air mata mengalir di wajah wanita cantik kacukan cina itu.
            
  “ Mybe dia busy.'' Puan Sri Marlina cuba untuk menyedapkan hati Suzy.

  “ No, aunty. Masa dia study kat Malaysia dulu busy macam mana sekalipun dia tetap ada masa call or mesej Suzy. Tapi sejak dia ambil keputusan ke London perangai dia berubah tiga ratus enam puluh darjah. Dia langsung tak contact Suzy. Hanya Suzy aja terhegeh-hegeh call dan melawat dia di sana,'' Sebak Suzy mengadu.
  
Puan Sri Syarifah Marlina mula berasa buntu mahu memujuk Suzy. Apa yang diperkatakan mesti dibetah gadis tersebut. Dia sendiri mengakui tentang perubahan sikap anaknya yang lebih suka menyendiri dan terperap di dalam bilik jika anaknya itu pulang ke Malaysia.

“  Minggu lepas, Suzy ke sana jumpa Ray. Aunty tahu apa dia cakap? Next time you tak perlu bersusah payah datang sini. I dah tak ada perasaan pada you. I hope you accept my decision. Beritahu Suzy. Badannya mula terhinjut-hinjut menahan tangis. Nafasnya di tarik panjang. “Suzy memang tak dapat terima semua ni aunty. I love him so much.” Sambungnya lagi bersama linangan air mata.
         
Terkejut Puan Sri Syarifah Marlina mendengar cerita Suzy. Dulu anaknya separuh mati gilakan Suzy. Pendek kata di mana ada Suzy, di situ ada anaknya. Macam belangkas. Tapi kenapa sejauh itu perasaan anaknya berubah. Entah-entah anaknya sudah tersangkut dengan Minah kota London tak. Geram pula mengenangkan sikap anaknya itu.

 Don’t worry Suzy. Next week aunty dan Along nak melawat Ray. Aunty janji selesaikan masalah kamu berdua.

 Aunty promise dengan Suzy pujuk Ray terima Suzy seperti dulu. Lemah dan sayu gadis itu bersuara. Tangan Puan Sri Syarifah Marlina digenggamnya. Mengharapkan wanita itu dapat melembutkan kekerasan hati teman lelakinya itu.

I promise sayang. Janji Datin Sri Syarifah Marlina. Sudah-sudah, jangan menangis lagi. Minum air ni. Simpati dia melihat Suzy.

“ Thank’s aunty.’’ Wajah Suzy tidak sekeruh tadi.  Lega sedikit hatinya selepas mendengar janji Puan Sri Syarifah Marlina. Dia sangat berharap Puan Sri Syarifah Marlina dapat melembutkan hati lelaki kesayangannya itu. Gelas berisi fresh orange di capai dan di sisip sopan.

Tiba-tiba Suzy berasa air di teguk terasa kesat apabila melihat sebuah kereta Mercedez Brabus bewarna hitam metallic memasuki garaj kereta. Muncul kelibat Tan Sri Syed Arman bersama pemandunya. Dari kejauhan, dia perasan lelaki tersebut memandang ke arahnya dan Puan Sri Syarifah Marlina. Suzy mula berasa tidak senang duduk.

“ Aunty.. Suzy nak minta diri dulu. Ada hal sikit kat office.'' Suzy sengaja mereka alasan. Sebenarnya dia sengaja ingin mengelak diri dari Tan Sri Syed Arman.
          
  “ Laa, kenapa cepat sangat?'' Soal Puan Sri Syarifah Marlina. Dia bukan tidak dapat membaca tindak tanduk Suzy yang tampak gelisah setiap kali suaminya muncul. Kesian dia melihat gadis tersebut. Suaminya memang suka menyindir Suzy. Apa jua berkaitan gadis itu. Pasti tidak berkenan di mata suaminya.
           
“ Suzy ada kerja penting, ada report yang kena hantar dengan JKR petang ni.''

Tangan yang dihulur disambut Puan Sri Syarifah Marlina. Kedu-dua perempuan tersebut berlaga pipi kiri, kanan. Handbag berjenama Chanel disangkut ke bahu. Belum sempat kaki Suzy melangkah. Muncul Tan Sri Syed Arman dengan wajah seriusnya. 

“ Hai Uncle.'' Sapa Suzy, mesra sebaik sahaja Tan Sri Syed Arman berdiri di sisi Puan Sri Marlina.

“ Waalaikumusalam.'' Tan Sri Syed Arman menyindir. Terkejutnya melihat wajah Suzy. Gelak cuba di tahan. Puhh! Kus semangat! Dari jauh tak perasan pulak wajah Suzy yang ‘terlampau seni’ hari ini.

Merah padam wajah gadis jelita itu apabila terasa dirinya di sindir. Eeee! Sakitnya hati aku dengan orang tua ni! Perangai bapak dengan anak sebijik! Dua kali lima! dua-dua menyakitkan hati! Bentak Suzy di dalam hati.

“ Okey Suzy, don’t forget send my regards to your mummy and daddy.'' Puan Sri Syarifah Marlina cuba menjernihkan keadaan. Kesian dia melihat wajah Suzy seperti buah prum, mana taknya sekejap masam sekejap di maniskan. Ini semua suaminya punya pasal! Dihampiri Tan Sri Arman. Pinggang suaminya dicubit dan dipulas-pulasnya. Dari sisi matanya dapat melihat wajah suaminya mula bertukar merah menahan sakit.

“ Adoii! Dari mana pulak ketam muncul ni. Kita ada bela ketam dalam kolam ni ke mummy?'' Sindir Tan Sri Syed Arman kepada isterinya.

“ Semalam mummy terjumpa di tepi pantai. Jadi apa salahnya kita bela.'' Dengan selamba si isteri membalas soalan si suami.     
     
“ Okey, nanti Suzy sampaikan. Suzy gerak dulu yer uncle, aunty.'' Senyuman paling indah dihadiahkan kepada pasangan suami isteri itu. Pantas kaki panjang Suzy melangkah. Tidak sabar untuk meninggalkan pekarangan villa mewah itu.

“ Ish! Apesal mummy cubit daddy. Sakit tau tak?'' Marah Tan Sri Syed Arman kepada isterinya sebaik sahaja kelibat Suzy menghilang.

“ Memang padan dengan muka daddy. Kalau iyer pun tak sukakan seseorang, janganlah ditunjuk sangat perasaan tu.''

“ Daddy bukannya lelaki hipokrit. Mana reti nak berlakon  suka pada sesuatu benda yang daddy tak suka. Begitu jugak sebaliknya.''

“ Daddy buat Suzy rasa malu tadi, tau tak?''

“Bukan sengaja sayang oii. Semua tu berlaku secara automatik.''

“ Ada-ada aje putar belitnya.'' Muncung di tarik. Tanda protes terhadap kata-kata suaminya.  Bila lah suaminya dapat menerima Suzy seperti mana dia menerima gadis jelita tersebut.

“ Belit terbelit pun suami mummy jugak. Hurm, lupa nak tanya. Terkejut beruk daddy tengok muka Suzy tadi. Ingatkan hantu Kak Limah sesat rumah. Kenapa comot semacam aje muka dia?'' Ketawa di tahan tadi kembali mengeletek dirinya. Kuat tawa Tan Sri Syed Arman meletus.
          
“ Daddy, kalau cakap berbaik sikit boleh tak! Suka sangat kutuk budak tu. Kesian saya tengok. Semakin menggelegak perasaan Puan Sri Syarifah Marlina, apabila melihat suaminya gelak macam tak ingat dunia.
     
“ Bukan mengutuk tapi hakikat.''

 Whatever lah Tan Sri Syed Arman Syah oiiii!''
           
“ Apa masalah calon menantu kesayangan awak tu?''
           
 “ Pasal anak bongsu awak tu lah.'' Balas wanita anggun itu acuh tak acuh.

 “ Kenapa pulak?'' Berkerut dahinya apabila hal anaknya dibangkitkan.

 “ Dia nak putuskan hubungan dengan Suzy. Syahdu suara Puan Sri Syarifah Marlina.

 “ Syukur Alhamdulillah. Dalam soal ni, buat pertama kalinya daddy sokong tindakan Ray.
            
“ Daddy! Mummy betul-betul geram dengan daddy tau. Dari dulu anti sangat dengan Suzy. Apa kurangnya dia? Budak tu baik, cantik, berpendidikan tinggi, anak orang berada. Memang sesuai sangat dengan Ray.'' Sedikit terjerit suara Puan Sri Syarifah Marlina. Kata-kata suaminya betul-betul menyakitkan hatinya.
     
 “ A’aa, memang tersangat sesuai. Mummy bukan tak tahu anak bongsu mummy tu buaya darat, buaya tembaga, pendek kata semua spesis buaya di jadikan sifunya. Nak disatukan pulak dengan playgirl. Haa, elok sangat lah. Si Ray Playboy kahwin dengan Si Suzy playgirl, esok lusa rumahtangga pun jadi playground.''

Tan Sri Syed Arman bangun melangkah ke arah kolam. Dilemparkan pellet kepada ikan belaannya. Berkocak-kocak air dengan aksi sekumpulan ikan yang merebut makanan.

“  Yang daddy merepek pasal buaya, playboy, playgirl, playground  ni kenapa? Lain orang cakap, lain pulak dia merepek.'' Ujar Puan Sri Syarifah Marlina.

 “ Daddy bukan apa. Sepatutnya sebagai seorang ibu, mummy mestilah memilih calon yang terbaik untuk anak kita. Kalau Ray negatif, kita satukan dengan positif. Ini tak, dua- dua negatif.''

   Bukan dia tidak tahu aktiviti liar anak gadis kepada sahabatnya itu. Setiap malam terkinja-kinja di kelab malam. Keluar kelab dengan keadaan mabuk. Berpeluk sana sini tanpa segan silu. Dengan pakaian tidak pernah cukup kain. Duit bertimbun tapi nak beli baju yang cukup kain pun tak mampu. Isterinya memang tidak pernah mengetahui aktiviti luar gadis yang selalu di puja-puja itu.

“ Malas Mummy nak bertikam lidah dengan daddy. Buang air liur aje. Ermm, Next week, Mummy dan along berpakat nak pergi melawat Ray.'' Ujar Puan Sri Syarifah Marlina. Cuba mengalihkan topik perbualan. Kalau berdebat pasal Suzy dengan suaminya, sampai tahun depan pun takkan habis.

“ Asyik mummy aje berulang alik ke sana. Sebab tu budak tu tak nak balik! Cuba mummy tak payah jenguk dia langsung. Tahulah dia cari jalan balik nanti.''

“ Kalau kita dua-dua berkeras, sampai bila-bila pun anak teruna kita tu takkan balik. Selama ni, mummy berulang-alik ke sana untuk pujuk Ray. Mana tahu satu hari nanti dia bertukar fikiran. Luah Datin Sri Syarifah Marlina.

''Perasaan rindu pada anak bongsunya membuak-buak. Bertahun-tahun berjauhan, boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja anaknya itu pulang. Tibanya hari lebaran pun, belum tentu anaknya akan memunculkan diri. Talian telefonlah pengubat rindu terhadap anak bujangnya itu.''

“ Daddy bukannya berkeras. Daddy dah tak tahu nak buat apa dengan si Ray tu?''

“ Susah-susah sangat, daddy upah aje penculik culik anak daddy tu. Kurung dalam kontena bawak balik dengan kapal. Daddy kan pengimport dan pengeskport. Sekali-sekala eksport manusia apa salahnya. Bukan sesiapa pun, anak sendiri jugak.''

''Ke situ pulak awak ni. Awak  ingat saya jalankan aktiviti permedagangan orang! Kalau saya di tangkap muka awak jugak  popular masuk buletin utama.''

''Orang bergurau sikit pun tak boleh. Kalau babitkan hal kerja boleh pulak serius. Tapi soal anak buat endah tak endah aje! Sindir Puan Sri Marlina. Geram dengan sikap Tan Sri Arman yang tidak pernah mempunyai masa melawat anak bongsunya di London. Nak pergi memujuk? Tunggu kucing bertanduk lah jawabnya.'' Omel Puan Sri Marlina sambil menjuihkan bibir.

''Malas saya nak bertekak dengan awak. Lebih baik saya masuk mandi, sekurang-kurangnya sejuk sikit badan saya yang mula panas ni.'' Usai saja berkata, Tan Sri Arman terus meninggalkan Puan Sri Marlina. Wajah isterinya yang masam mencuka langsung tidak di pandang.






Tuesday, 16 December 2014

Tautan Cinta Mu (BAB 2)


       Menjelang waktu tengah hari, Restoran Timur pasti sesak dengan pelanggan yang datang berkunjung untuk menikmati keenakan makanan tengahari di sajikan di situ. Di satu sudut, kelihatan Qisya bersama seorang wanita dan lelaki sedang enak menjamu selera.
          
       ‘'How’s your Daughter?" Soal Hamira, kepada Qisya. Minuman Fresh Orange di sedut laju. Terasa hilang sedikit rasa pedas penangan enam sudu besar sambal kicap yang di tuang ke dalam bihun sup yang di makannya. Dia memang penggemar masakan pedas. Sudah beberapa kali suaminya menegah setiap kali dia menambah sambal kicap di buat tidak endah sahaja. Sekarang baru dia terasa seperti mahu berapi mulutnya. Itu lah siapa suruh tidak mendengar cakap suami, kan dah terima balasan. Hamira mengutuk diri sendiri dalam hati.
              
   '‘Alhamdulillah, sejak keluar hospital, makin hyperactive pula'' Ujar Qisya sambil tersenyum mengingatkan anak tunggalnya semakin aktif sejak keluar hospital.            
              
     ‘’ Kami minta maaf sebab tak dapat melawat anak you. Sampuk Haikal yang duduk berhadapan dengan Hamira.''
               
      ‘‘It’s okey. Lagi pun, masa Airis di hospital korang kan pergi honeymoon. Takkan I nak suruh you berdua balik melawat anak I pulak. So, macam mana honeymoon di Korea? Seronok?'' Soal Qisya sambil menyuap mee soto ke dalam mulutnya. 

        ‘‘Mestilah best, lebih-lebih lagi sana musim sejuk, bertambah syok rasanya. Asyik berkurung dalam bilik dua puluh empat jam.'' Balas Haikal. Sebuah senyuman nakal terukir di bibir apabila matanya bertentang mata dengan si isteri.
         
         ‘‘ Bie jangan nak mengarut dekat sini okay.'' Marah si isteri dengan nada manja.
      
     ‘‘Eh, mana ada Bie cakap mengarut, Niey yang salah faham ni. Usik Haikal, di cuit hidung mancung isterinya dengan jari telunjuk. Hamira mengetap bibir, geram kerana Haikal mempermainkannya.  
          
        Qisya tergelak kecil dengan aksi pasangan yang baru sebulan bergelar pengantin itu. Hamira merupakan jurutera dan bekerja satu syarikat dengannya, manakala Haikal bekerja sebagai pensyarah di UTM Kuala Lumpur.

            ‘‘Haih! Susah betul berada di tengah-tangah pasangan paling romantik ni. Korang berdua jangan bermanja sangat depan I. karang terkeluar pulak muntah hijau.''

         ‘‘Aik, sejak bila bertukar jadi spesis Hulk ni?'' Soal Haikal dengan tawanya.

         ‘‘Sejak korang berdua selamat diijab kabulkan.’’

            Pasangan sama cantik dan sama padan itu semakin tergelak mendengar gurauan Qisya.
         
        ''Hurm.. Zura, lepas balik honeymoon, you tak ada rasa loya or mengidam pelik-pelik ke?'' Giat Qisya. Dia memang suka mengusik sahabat karibnya itu.
         
       ‘‘Mengada betul!'' Lengan Qisya di siku kuat. Kulit wajah wani yang sedia kemerahan akibat menahan pedas semakin merah dengan gurauan selamba Qisya. Matanya pula manja menjeling Si suami sedang galak ketawa.    
      
        ‘‘I hope so Qisya. Kalau boleh, I teringin sangat nak baby boy, nanti boleh kita berbesan.'' Giat Haikal sambil mengenyitkan mata kearah isterinya.

          ‘‘Haha, good idea, nanti I discuss dengan Airis. Mesti dia setuju punya.’’
    
        '' You all berdua ni kalau bertemu memang tak sah kalau tak kenakan I kan. Hamira langsung tidak mengambil hati dengan gurauan Qisya. Dia masak sangat dengan perangai kawan baik dan suami tersayang dia tu. Bila berjumpa, ada sahaja modal untuk membulinya. ‘‘Oh ya, kami ada beli kan cenderamata untuk you dan Airis, ada dalam kereta Haikal, I lupa nak bawa ke office tadi.'' Beritahu Hamira.  
       
          ‘‘Susahkan korang berdua aje.''
           
          ‘‘Small matter. Bukan mahal pun.'' Ujar Haikal pula.
        
          ‘‘Laa, Kenapa beli yang murah.  I reject lah.'' Gurau Qisya.
        
        ‘‘Ecehh, demand pulak beliau.'' Ketawa Haikal, dia sangat senang dengan sikap kelakar kawan baiknya itu.

‘‘Of course.'' Balas Hamira dan Qisya serentak. Pantas kedua wanita tersebut berpandangan antara sama lain. Lalu tercetus tawa dari ketiganya.


**************************************


               “Mama! Mama! Loli mali, cepat! Cepat!'' Airis menjerit kuat sebaik sahaja ternampak sebuah caravan putih berhenti di seberang jalan rumahnya.

Jemari Qisya berhenti menaip, tersenyum melihat telatah Airis terlompat-lompat di hadapan pagar rumah. Sejak tengahari tadi Airis beria menunggu Pak Samad, katanya nak beli roti blueberry. Selera puteri kesayangan dia itu lain sikit. tak suka makan nasi tapi lebih suka makan roti. Bagi lah roti perisa apa sekali pun, mesti anaknya akan habiskan. Tapi bila suruh makan nasi pelbagai alasan di berinya.
  
 “Wait sayang, I’m coming''. Jerit Qisya yang sedang menyiapkan kerja di sebuah meja yang terletak di bawah pokok mangga di halaman rumah. Remote Control pintu pagar di tekan. Terus Tangan Airis dipautnya.

“ Assalamualaikum cucu atok. Tegur Samad, sebaik sahaja kedua beranak itu menghampiri Caravan. Rambut ikal Airis di usapnya.  Comel betul cucu atok hari ni. Lebih-lebih lagi bahagian mata ni.''  Mata Airis sama seperti mata Qisya, bulat dan bundar.  

 “Waalaikumusalam atok.'' Jawab Airis. Bibir kecilnya lebar tersenyum apabila di puji.

 “ Amboi pantang orang puji sikit, dia punya tersengih sampai ke telinga.'' Giat Qisya melihat telatah anaknya. Pandangannya kini di alihkan pula pada Pak Samad. 

 " Pak Samad apa khabar?'' Soal Qisya.

“Alhamdulillah sihat, Qisya sihat?''

“Alhamdulillah Pak Samad. Jawab Qisya dengan senyuman tidak lekang di bibir. Roti berperisa blueberry di capai tiga bungkus. 

Setiap hari lelaki berusia empat puluhan itu akan datang menjual roti di kawasan taman perumahan Sentosa. Roti-roti yang dibuat sendiri oleh keluarga Pak Samad memang enak dan lembut. Boleh dikatakan roti Pak Samad sangat popular dan digemari penduduk taman perumahan di situ.
“Assalamualaikum.. Tegur satu suara dari arah belakang. Kelihatan seorang wanita bersama seorang kanak-kanak perempuan sedang berjalan menghampiri caravan Pak Samad.

“Waalaikumusalam.” Qisya dan Pak Samad menjawab salam di beri.

Qisya menghulurkan tangan kepada wanita cantik berbaju kurung merah itu. Huluran tangan Qisya dijabat mesra oleh Farhana. Keduanya  sudah lama mengenali antara satu sama lain. Rumah Farhana terletak selang dua buah dari rumah Qisya.

 Anak Farhana juga turut menyalami tangan Qisya. Dikucup tangan Ibu kepada kawannya, Airis. Qisya sempat mengusap lembut pipi Mimie.

   “ Hai Aunty. Hai Mimie. Sapa Airis ramah.

  “Hai sayang, comel betul hari ni. Geram aunty tengok.'' Airis sangat comel mengenakan gaun singkat bewarna merah jambu, hadiah pemberian dari Farhana dan Haikal.  Pipi tembam Airis dicubit perlahan.

“ Hai Airis, nanti datang rumah saya tau. Papa saya ada beli Barbie baru. Cantik sangat.'' Ajak Mimie yang berusia lima tahun. Rambut  panjangnya yang diikat tocang beralun ke kiri dan kanan mengikut pergerakan kepalanya.

“ Okey, nanti saya peli dengan Izwan.'' Balas Airis dengan pelatnya.
  
   Farhana tergelak mendengar sebutan ‘peli’ yang di tuturkan Airis. Dia tahu anak jirannya itu sukar menyebut huruf R.

 “ Akak dari mana ni, bukan main cantik bergaya lagi?''

“ Ishh ada-ada aja Qisya ni, akak baru balik dari sekolah, ada buat kelas tambahan untuk student form five. Maklum lah tak lama lagi dorang nak SPM. So, guru-guru kena adakan kelas tambahan empat kali seminggu.'' Jelas Farhana. Roti berinti kacang diambilnya sebanyak lima bungkus.

“ Patutlah jarang tengok Ana sekarang. Biasanya nampak saja lori Pak Samad, mesti Ana dan Mimie ada. Pak Samad turut mencelah perbualan.

“ Pak Samad mesti rindukan saya dan Mimie kan?'' Gurau Farhana.

“ Mestilah rindu, lama tak tengok anak cucu.'' Balas Samad sambil melayan Mimie dan Airis yang minta di bukakan bungkusan roti.

“ Banyak akak borong roti?'' Tegur Qisya kehairanan. Boleh dikatakan setiap jenis roti dalam bakul di ambil Farhana.

“  Kawan akak kat sekolah mintak akak belikan. Katanya teringin pulak nak merasa bila akak ceritakan keenakan  roti Pak Samad ni.''

“ Ohh… Saya ingatkan akak nak lepaskan gian tadi. Maklumlah dah lama tak borong roti Pak Samad.''

“ Ha! Ha! Ha! Ke situ pulak Qisya ni. Tak larat family akak nak habiskan roti sebanyak ni. Lagi pun kami bertiga aje kat rumah. Karang expired pulak.''

Nur Qisya tersenyum mendengar kata-kata Farhana. Dia memang suka sikap Farhana yang peramah dan mengambil berat sesama jiran tetangga.

“ Tengok tu kak, dah datang pun rombongan Cik Kiah.''

“ Mana? Soal Farhana.'' Mencari kelibat di tunjuk oleh Qisya.

“ Tu." Tunjuk Qisya ke arah lima orang wanita yang sedang berjalan menuju ke mereka. 

“ Lambat pulak dorang hari ni. Biasanya sebelum Pak Samad sampai dorang dah melepak tunggu kat sini, kata ibu kepada seorang anak itu.”

“ Tersilap tengok jam agaknya.'' Balas Nur Qisya.

“ Ha! Ha! Ha! Macam-macam lah kamu ni Qisya.''

   Farhana memang jenis suka ketawa. Kadang-kadang lawak tak seberapa pun digelaknya bagai nak rak. Kadang kala Qisya terasa lucu pula dengan sikap Farhana.

“ Kak saya dah nak minta diri ni, Sekejap lagi nak bawak Airis jalan-jalan. Nanti kalau bersembang dengan rombongan Cik Kiah kita terbantut pulak rancangan nak keluar.''

“ Okey, akak pun nak gerak jugak ni. Nak memasak, karang balik suami akak membebel pulak. Kalau senang datang lah ke rumah. Bawak Airis sekali. Pelawa Farhana.''

“ Insha-Allah. Okay lah, Saya minta diri dulu yer kak, Pak Samad.'' Ujar Qisya sopan memninta diri. Tangan Airis di pimpin melintas pulang ke rumah.